
bismillah..sambungan dari post yang lepas
bagaimana bermulanya Gontor menjadi sebahagian dalam episod hidupku??
bermula dengan keinginan yg membuak-buak nak buat praktikal kat overseanak cari pengalaman yang lain dr kwn2.
.first, paperwork ke Mesir dah siap..
namun firman Allah,Sebaik-baik rancangan manusia, Rancangan Allah yang paling baik,rupanya Allah merencanakan lain,
niatku ke mesir terpaksa dilepaskan begitu sahaja kerana beberapa kekangan,sedih, kecewa, namun masih tekad untuk parktikal di luar negeri..terfikir untuk praktikal di Indonesia, cuma dalam fikiran, dimana, bagaimana, dgn siapa?Ujian Allah begitu kuat, mana nak siapkan thesis, mana nak cari tempat praktikal lagi,namun aku yakin, jika itu dalam rencana Allah untukku, maka akan dipermudahkan
Alhamdulillah, jumpa senior2 yg baik hati,diaoranglah yang memperkenalkan aku pada Gontor.
seorang akhi (batch fiqh fatwa yg lepas) share pengalamannya berpratikal di Gontor,setelah itu, aku nekad.. teruskan proposal ini hatta ahlinya cuma bertiga, bermula dari 5 orang yg mahu turut bersama denganku, tinggal bertiga.di lema nak teruskan ke tidak???
Alhamdulillah,Allah permudahkan lagi..datangnya pensyarah dari Gontor mengadakan seminar di Usim,Aku dipanggil makan malam bersama mereka,waktu tu mereka ada mencadangkan ajak rakan2 dari fkp( course dakwah n akidah.)
Datang lagi pertolongan Allah apabila bertemu seorang sahabat dari course dakwah, ukhti rafidah..dari pertemuan itu, kami berjaya kumpulkan 14 ahli group kami untuk sama2 praktikal ke Gontor.. Alhamdulillah
Subhanallah, ujian Allah itu hebat, kesusahan yang pada awalnya buat aku hampir putus asa, namun kemanisan yang Allah gantikan setelah susah-payah..kemanisan mengenali Gontor..sebuah pondok pesantren yang sangat mendamaikan, terletak di jawa timurdari Gontor banyak yang dapat aku belajarbelajar erti keikhlasan, semua keluarga Gontor bermula dari rektor, pensyarah, pelajar berkerja dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan gaji.belajar erti kesederhanaan, di mana walaupun hidup sangat bersederhana dari segi tempat tinggal dan makanan, namun anak2 Gontor hidup bahagia, bahagia dengan jiwa2 yang terdidik dengan nilai murni, jiwa2 yg sentiasa bersyukur, jiwa2 yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu.
pengalaman belajar dengan pensyarah2 yang begitu ramah seolah-olah kami ini anak2 mereka, roh antara guru dan pelajar menyatu hingga sukar atau rumit bagaimanapun, kami masih enjoy dan merasa nikmatnya belajar kerana ilmu, belajar kerana Allah..
kehidupan di Gontor terlalu asyik, kata orang indonesia,benar, hinggakan kami terlupa seketika pada Malaysia,hanyut dalam jadual ilmu yang padat, hanyut dalam jaulah ilmiah program kaderesisasi ulama' hinggakan, masa 2 bulan di Gontor terasa begitu cepat..
masa sangat mencemburui kami di Gontor..
Saat perpisahanlah saat yang menyakitkan..
saat harus meninggalkan bumi Gontor dan seisinya,
namun perjalanan harus diteruskan
p/s: nantikan rancangan madrasah minggu depan ahad di tv3 jam 7 malam.. untuk next week episod ttg Gontor, pondok kebangganku-( walaupn aku bukanlah graduated dr pondok ini.
2 bulan lagi, di bumi jogja ( episod seterusnya.. hehe)~to be continued
No comments:
Post a Comment