Telah tibanya tahun baru 2011....
walaupun agak lewat ana mengupdate blog bagi membuka tirai tahun baru ini,
namun, ana masih bersyukur kerana masih berkesempatan untuk menulis pada tahun ini..
seperti dalam tercatat dalam surah AR-RAHMAN yg bermaksud
"maka nikmat tuhanmu yg manakah yang engkau dustakan"
untuk sampai ketahun ini, telah bnyak perjalanan sukar atau senang yg kita tempuhi.
tapi percayalah wahai sahabat,
setiap perjalanan lita sentiasa diiringi nikmat ALLAH yg terkira, sehingga x terhitung oleh kita, rasa kerdil pula apabila nk mmbandingkn ibadah ana sendiri dan nikmat yg diber oleh ALLAH pd ana...
malu dan hina rasanya....
YA RABB ampunilah hambaMU yg hina ini...

apabila tibanya tahun baru, soalan yg biasa diajukn oleh teman2 ialah
" apakah azam baru anti untuk tahun ni"
tiba2 ana terfikir, bgmana boleh untukku cipta azam baru, sedangkan azamku di tahun sebelum ni masih belum selesai...
jadi ana putuskan azam baru ana adalah menyelesaikan azam ana di tahun2 sebelumnya..
adakah betul kenyataan ana apabila ana katakan menjadi manusia, kerja dan tugasnya tidak akan pernah selesai sehinggalah dia meninggal dunia
kalau salah sila betulkan ana...
ana ambil contoh dari hadis menuntut ilmu
"tuntutlah ilmu dari kamu lahir hingga ke liang lahad",
walaupun org mempertikaikan taraf hadis ini,
kerana hadis ini tidak berada dalam taraf hadis sahih
namun, sptmana ana belajar ulum hadis, kita still boleh beramal dgn hadis tersebut
selagi dia tidak menyentuh soal hukum-hakam...
dari hadis tersebut, kita boleh ambil pengajaran bahawa tugas kita tidak akn pernah selesai sehinggalah berakhirnya nikmat hidup untuk kita...
lagi panjang perjalana kita, lagi bertambah tugas kita...
disebabkan perjalanan kita yg terlalu panjang, ana begitu takut...
ana takut sahabat2...
ana takut dihisab olehNYA...
apa yg ana lakukn sepanjang nikmat hidup yang diberikan??
apa sumbangan ana buat saudara seislam ana??
apa sumbangan buat agama ISLAM??
Ya ALLAH berilah hambaMU kekuatan....
baru-baru ini ana didatangi seorang sahabat,
dia benar-benar membuatkan ana terfikir apa fungsi ana untuk ISLAM??
memang betul kami pelajar, tapi adakah dgn belajar tanggungjawab kita terhadap ISLAM terlaksana???
Ana rasa banyak masa ana terbuang dengan sia-sia...
ini kelemahan diri ana sendiri,
kehidupan seharian hanya kuliah,study, assignment, sahabat2..
lagi kasihan buat mahasiswa yg menghabiskan masa dgn berhibur di hujung minggu..
ana lihat dari segi teorinya, sama jer sikap atau perjalanan hidup mahasiswa
pada tahun ini dgn tahun sebelum-sebelumnya??
apakah fungsi azam baru buat mereka???
ana tidak kata azam baru itu salah, tapi ,manusia itu sendiri,(diri ana sendiri)
membuatkan azam tersebut tidak memainkan sebarang fungsi...
sedih bila renung2kan..
nikmat masa terluang yg diberikan oleh ALLAH disia-siakan..
seperti lagu raihan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
antaranya nikmat lapang sebelum sempit...
begitu juga nikmat hidup sebelum mati...
YA KARIM, jadikan hidup hambaMU ini berguna untuk agamaMU...
Alhamdulillah, ana bersyukur apabila dijemput oleh seorang sahabat untuk menyertai
program LIQO' universiti yg dianjurkan oleh SPMM..
terasa diri ini ada fungsinya walaupun sedikit...
tapi ana begitu kesal apabila dapat tahu ada segelintir teman2 yg menolak untuk memegang amanah sebagai mentor kpd adik2 tahun satu...
ana amat berdukacita, kerana hanya insan terpilih sahaja yg dpt menyertai program tersebut, tapi insan2 yg terpilih inilah yg mengsia-siakan peluang tersebu......
ana tidak menyalahkan mereka, mungkin mereka merasa tidak layak atau merasa berat memegang title seorang MENTOR untuk adik2...
cuma yg ana kesalkan kenapa program ini hanya dijemput orang tertentu sahaja?? iaitu
(org yg mendapat mesej dari pihak penganjur)
sepatutnya program ini perlu dibuka untuk semua warga universiti agar setiap insan yg hadir sebagai mentor adalah insan yg sukarela dan ikhlas menyumbangkan diri dan masa untuk agama...
jadi xdelah isu menarik diri sebagai mentor dan sebagainya...
walau ape pun, ana akan cuba mencari jalan untuk memastikan diri ini sentiasa mempunyai fungsi buat agama....INSYAALLAH...
adakah ayat ana diatas ini dikatakan sbg azam baru yer???
erm, ana pun x pasti...
terpulang pada antum semua untuk menilainya....
semoga panjangnya umur kita seiring manfaat yg kita dapat sumbangkan...INSYAALLAH..
salam tahun baru, salam perjuangan....