Bismillah...
alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk menulis lagi.
masih di dalam tajuk yang sama, ke gontor apa yang kau cari?
walaupun post kali ini, aku ingin bercerita tentang bandar jogja setelah meninggalkan bumi gontor..
kenapa masih kekalkan tajuk ini??
kerana bagiku, hanya jasadku di jogja, namun jiwaku masih di Gontor..
pada permulaanya, hari2 ku di kota jogja sangat suram,
pelbagai dugaan yang harus ditempuhi,
dek kerana kami terlalu dimanjakan di Gontor, membuatkan kami seperti hilang punca apabila berada di kota jogja ini..
first night di jogja sangat menyeramkan, diganggu "makhluk alam lain" ,
kata orang indonesia " tidak betah aku di kota jogja ini, mandingan aku pulang ke Gontor aja"
begitulah difikiranku, seolah-olah keputusanku memilih universitas islam indonesia adalah keputusan yang salah,
namun itu sudah termaktub dalam rancangan Allah
kami mengambil keputusan pindah dari hostel yang diganggu itu dan akhirnya dapat rumah sewa , alhamdulillah..
kami diuji lagi apabila berhadapan dengan pelajar di sini yang begitu bebas pergaulannya,
(pelajar perempuan dibenarkan masuk ke rumah sewa pelajar lelaki sebelum jam 9 malam)
itu salah satu peraturan rumah sewa,
aku sendiri melihat depan mata sekumpulan remaja minum arak di tepi jalan,
ya Allah kuatkan imanku di sini. sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah dalam menghadapi ujianMu..
ujian demi ujian
diuji lagi dengan ujian persahabatan
di kala aku sangat memerlukan sahabat untuk saling menguatkan,
Allah uji dengan perselisihan faham antara kami
Ya Allah,
benarlah, mafhum dari firman Allah yang berbunyi
jika kamu orang yang beriman, sememangnya harus kamu diuji
sungguh
di kota jogja ini banyak mengajarku erti tabah,
mengajarku erti mengalah,
mengajarku erti sabar,
mengajarku tidak mudah melatah,
dan yang paling penting mengajar untuk meletakkkan seratus peratus pergantungan pada Allah.
sungguh indah andai ujian itu mendekatkan kita pada Sang Khaliq
aku bersyukur dengan ujian yang diberikan kerana dengannya aku mendapatkan kekuatan untuk terus berjuang, untuk terus melangkah hingga saat terakhirku di bumi Indonesia
terima kasih Ya Allah..
tamat sudah episod pengembaraanku di bumi Indonesia,
mungkin terlalu sedikit perkongsian ini kerana menulis tak semudah bercakap
namun biarlah kusimpan kenangan itu menjadi sesuatu yang berharga yang pernah aku jalani..
18 februari 2013- 10 jun 2013 ~the best journey in mylife~
~tamat~
p/s: nantikan gambar2 sepanjang kami di bumi Indonesia ini..
bagi yang membaca entri ini, mohon doakan kesihatan penulis ya..
Ramadhan kali ini diuji dengan nikmat kesihatan yang teruk , kaffarah dosa mungkin..
No comments:
Post a Comment