zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Thursday, July 5, 2012

manfaatkan masamu......

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah masih diberi keupayaan dan peluang untuk meng-update  laman ini. begitu lama menyepi dek kekangan masa yang tidak mengizinkan...sy mulakan entri kali ini dengan firman Allah s.w.t dalam surah at-tin (ayat 4-6)

Sungguh telah Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali yang beriman dan mereka yang beramal soleh,maka mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya.




sekali lagi Alhamdulillah dengan segala nikmat yang dikurniakan.......
sekarang bermulanya cuti semester 6 bg kami pelajar thn 3 fiqh dan fatwa..
ada sahabat mengambil peluang menghabiskan masa cuti bersama keluarga, tidak kurang pula yang mencari pangalaman bekerja dan mengikuti program2 yang dianjurkan pada musim cuti ini


apapun aktiviti yang dirancangkan moga ia adalah sesuatu yang bermanfaat buat diri..
nikmat masa muda yang dikurniakan oleh Allah tidak mengharapkan syabab bersenang-lenang di rumah, dengan membiarkan masa berlalu begitu sahaja

masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. pergerakan jasmani yang kuat untuk melaksanakan amal ibadah, mental remaja yang segar untuk megutip pelbagai mutiara ilmu dan pengalaman - cebisan kata tuan guru nik aziz

ayuhlah wahai sahabat,
manfaatkan masa mudamu dengan mencari dan mencuba sesuatu yang baru buat dirimu,
perkara baru yang menjanjikan manfaat besar buat dirimu,
jangan sekali-kali sia-siakan masa mudamu kerana sekali kau melepaskannya, ia akan terus pergi jauh meninggalkanmu.....

masa tua tiada yang indah..
kudrat tenaga sudah lemah,
selera makan sudah menurun...
sering dilanda sakit kerana kudrat badan yang lemah..
semua pasti akan melaluinya...

namun begitu,
andai nikmat masa muda digunakan dengan baik,
tiada penyesalan di hari tua,
kerana segala peluang, ilmu dan pengalaman sudah dikumpulkan


sahabat,
ayuhlah, maksimumkan tenaga mudamu dengan amal,
maksimumkan kudratmu dengan menimba pengalaman yang baru,
maksimumkan mentalmu dengan mengutip khazanah ilmu yang banyak...


Diriwayatkan oleh tirmidzi dan muslim. daripada Amru bin Maimun, Rasulullah s.a.w bersabda,

"rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu,
masa mudamu sebelum datangnya hari tua,
masa sihatmu sebelum datangnya sakit,
masa kaya sebelum datangnya miskin,
masa lapang sebelum datangnya sibuk,
masa hidup sebelum datangnya saat kematian,




~wallahua'lam~