Bismillahirrahmanirrahim…
Kata seorang pujangga:
Kehidupan ini ibarat seorang musafir yang berteduh seketika di bawah pohon yang rendang, apabila letihnya hilang, musafir itu meneruskan perjalanannya menuju ke destinasi yg sebenar…
Tidak pernahkah kita bertanya tujuan penciptaan manusia di dunia ini??
Manusia diciptakan sbg seorang hamba,
Yang membezakan manusia itu adalah,
satu golongan adalah hamba Allah, dan satu golongan lagi hamba nafsu….
Hidup sebagai hamba Allah…
Insan atau manusia yg hidup sbg hamba Allah akan menghargai setiap detik hidupnya..
Setiap perbuatan pasti disandarkan pada Allah…
Mereka menghayati hakikat islam dan kalimah tauhid yang mereka ikrarkan…
Mereka sentiasa sedar akan hakikat dunia yg bersifat sementara,
Mereka tidak sekali-kali membiarkan diri mereka hanyut dengan tipu daya dunia…
Hidup sebagai hamba nafsu
Insan yg menjadikan nafsu sbg tuhannya sentiasa meletakkan nafsunya mendahului segalanya,
Mereka tertipu daya dengan kesenangan dunia yg sementara,
Mereka lansung tidak terfikir akan akhirat,
Mereka berhibur, berhias, seolah-olah mereka hidup di dunia ini selama-lamanya..
Mereka lupa tanggungjawab mereka dihidupkan,
Mereka hanyut di laut dunia ….
Nauzubillah….
Sedarlah wahai sahabat,
Dunia ini sementara,
Dunia adalah tempat yg Allah sediakan untuk kita mengumpul bekalan untuk dibawa pulang ke akhirat sana…
Dunia ini ladang akhirat, andai kita semainya dengan baik, pasti kita menuai hasilnya dengan baik..
Ketahuilah, mati itu pasti..
Sejauh mana kita lari dari hakikat kematian, ia tetap akan datang apabila tiba saatnya..
Sabda rasulullah s.a.w
Orang yang cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan untuk mati..
Ayuhlah sahabat,
Sedarlah dari tipu daya dan nikmat dunia ,
Apabila tiba saatnya, dunia ini akan musnah,
Tiada lagi kenikmatan dan kesenangan yg kita dambakan..
Kembalilah pada hakikat sebenar,
Kejarlah kesenangan hakiki di akhirat,
Kutiplah bekalan sebanyak-banyaknya sementara dirimu masih bernafas,
Segerakan taubatmu, kerana kita tidak tahu bila mati itu tiba..
Ketahuilah,
Mati itu datang secara tiba-tiba,
Mati itu menutup pintu taubat,
Ayuh, segerakan taubat mu,
Semoga kita tidak tergolong dalam orang yg rugi di akhirat sana..
Ya ALLAH hidupkan kami dengan iman, matikan kami dengan iman
Kumpulkan kami di mahsyarMu dengan iman,
Dan masukkan kami ke jannah-Mu dengan iman…
Nukilan,
humaira, pedamba cinta illahi…