zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Sunday, July 31, 2011

Madrasah Ramadhan 2011


Assalamualaikum...sahabat sekalian,
ahlan wasahlan ila madrasah Ramadhan
semoga madrasah tarbiyyah ini menjanjikan ketakqwaan pd akhirnya..
insha Allah...

di sini ana ingin kongsikn assignment sepanjang madrasah tarbiyyah ini
semoga pelajar2 dapat mengerjakn dgn penuh tawadhu' n istiqamah..
Antara tugasan2 yg perlu disubmit setiap hari adalah:

1-puasa ramadhan

2- makan sahur

3-solat sunat tarawih

4-qiamullai
(solat sunat tahajjud, taubat n dll,tadarrus)

5-tadarrus Al-Quran
(4-8 muka surat 1 waktu solat)

6-solat sunat dhuha

7-baca Al-mathurat
(pagi+petang)

8-zikrullah

9-solat sunat rawatib

10-membaca Al-Mulk setiap malam

11-membaca surah Al- Kahfi setiap jumaat

sama2 lah kita mengimarahkan Ramadhan kali ini
mungkinkah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita??
justeru, raikan Ramadhan dengan pesta ibadah bagi bekalan kita di akhirat..
taqaballahu minna waminkum..
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...

-wallahua'lam-


Tuesday, July 19, 2011

HIDUPLAH DALAM BATASAN HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum…salam syaaban yg masih bersisa beberapa hari jer lagi

Ana pasti sudah tentu antum semua sedang memperlengkapkan diri untuk

menyambut ramadhan yang bakal tiba x lama lagi…

Ramadhan…Bulan tarbiyyah untuk kita di mana segala pahala digandakan pada bulan itu dan

lagi beruntung kerana syaitan dirantai sepanjang bulan tersebut, semoga kita semua dapat

beramal dengan maksima tanpa sebarang godaan syaitan….insha Allah…

kali ni ana nk share satu tajuk dalam buku yg ana baca, buku Muhammad Al-Ghazali iaitu seorang pemikir islam abad ini…

sebelum tu, ana ceritakn secara ringkas biodata sheikh Al-Ghazali ini

beliau dilahirkan pada tahun 1336 hijrah. Merupakan anak kepada ahli tasauf terkenal Abu Hamid Al-Ghazali, Beliau mewarisi tradisi keilmuan bapanya dan juga musuhnya, ibnu Rusy. Jika Al-Ghazali menentang pemikiran ahli falsafah , ibnu Taimiyah pula mengutamakan ahli feqah dan Sheik Al-Ghazali menganggap dirinya sebagai murid kepada kedua-dua aliran tersebut..

dalam penulisan beliau tentang tajuk hiduplah dalam batasan hari ini amat terkesan pada diri ana.

Disebabkan itu ana terpanggil untuk berkongsi serba sedikit dgn antum semua..

Manusia sering memikirkan di luar batasan, sbg contoh memikirkan perkara yg akan berlaku pada masa akan datang dan perkara silam yg telah lama berlalu..

Apabila seseorang memikirkan sesuatu yg akn dtg, pasti fikiran mereka akan merayau tanpa batasan di samping angan2 yg tinggi… kita selalu memikirkan kesan pada masa akan datang dalam hidup kita

Sedangkan perkara tersebut belum pasti…sudah tentu, kita berandai-andai apa yg akan berlaku..

Disebabkn demikian, berlakunya gangguan fikiran…

Kenapa kita perlu mengadakan gangguan fikiran yg sepatutnya tidak wujud sama sekali??

Oleh itu, hiduplah dalam batasan hari ini kerana itu lebih sesuai untuk kita…

Kata2 yg dipetik dari pujangga Inggeris, Thomas Carlyle:

Kami bukanlah golongan yg memandang kpd sinaran matlamat yang jauh dan mengkagumkan,

Malah, kami hanya melaksanakan kerja yang ada di hadapan kami…

Dr. Osler telah menyarankan para siswanya di university Yale supaya memulakan pelajaran mereka

Dengan doa dari Nabi Isa a.s berbunyi: “ roti kami yang diberikankepada kami pada hari ini cukup untuk kami..

Para siswa diingatkan doa ini untuk roti pada hari ini sahaja..

Nabi Isa a.s tidak berdukacita terhadap roti semalam yg telah rosak, Malah beliau tidak pernah merungut jika pada kemarau akan datang tidak ada makanan atau memikirkan bagaimana hehidupannya dan keluarganya pada masa akan datang jika beliau hilang jawatan..

Beliau tidak ingin memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang, kerana beliau hanya ingin memikirkan tugasnya pada hari ini…begitu juga roti,beliau ingin fikir tentang roti yang ada pada hari ini sahaja kerana roti pada hari ini sahaja yang boleh dimakan..

Sabda rasulullah,

Siapa yang mendapati dirinya aman dalam kelompoknya, badannya sihat , ada makanan untuk harinya , ia seolah-olah telah diserahkan kepadanya dunia dan isi-isinya.

Hadis riwayat At-Tarmizi

Sebenarnya suatu kebodohan yang besar orang yg memikirkan kesusahan yg tidak diduga datangnya,

Daripada Abu Hazim:

“sesungguhnya antara aku dan raja2 mempunyai hari yg satu!!

Sementara kelmarin mereka tiada lagi kelazatannya,

Esok, aku dan mereka sama-sama dalam kebimbangan,

Hiduplah dalam persekitaran hari ini sahaja!!

Demikianlah seorang fakir yg soleh mencabar raja-raja..

Hidup dalam batasan hari ini tidaklah bererti tidak mengambil tahu apa yang akan berlaku dan tidak bersedia untuk hari hadapan.

Orang yang memikirkan zaman hadapannya tergolong sebagai orang yg bijak dan berakal

Walaubagaimanapun,kita perlu bezakan antara rasa perihatin terhadap zaman hadapan dan rasa kesedaran akan nilaian hari ini.

Hari ini yang mantap menjadi asas yang baik untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

Tahukah anda, bagaimana usia seseorang dicuri daripadanya??

Jawapannya ia lupa kepada zaman kininya kerana terlalu sibuk memikirkan hari esoknya..

Ia berterusan demikian hingga akhir hayatnya, sedangkan tangannya kosong dari sebarang kebaikan.

Sesungguhnya kita harus menilai hidup kita setiap hari dan saat.

Allah berfirman kepada mereka yang habiskan usianya dengan sia-sia dan membiarkan hari-hari yang bernilai dalam hidup mereka:

ويوم تقوم الساعة يقسم المجرمون ما لبثوا غير ساعة

Maksudnya: dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yg berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal di dalam kubur melainkan kadar satu saat sahaja…

(al-Rum: 55)

Hargailah nilaian hari ini yang berada di hadapan anda, jadilah orang yang bersyukur dengan

nikmat hari ini yg dianugerahkan kpd kita, guna lah nikmat “hari ini” dengan sebaiknya sebelum kita tidak lagi bertemu nikmat “hari ini”…..

ketahuilah hari ini jauh lebih berharga dari hari semalam dan hari esok….

Friday, July 15, 2011

di lema 2 pilihan...


assalamualaikum...w.b.t

kita mulakn dgn beristighfar dulu yer shbt2...
astaghfirullahalazim 3x..

malam ni malam nisfu syaaban,
banyak barakah pada mlm ni..
apa2 pun bergantung pada iman kita sama ada nk gunakn
peluang yg ada dgn sebaik2nya bg mengimarahkn lagi bulan syaaban ni..
bukan sekadar m'fokuskn malam nisfu syaaban jer,
tapi keseluruhan bulan syaaban..
ingat, xde puasa sunat khusus untuk nisfu syaaban..
yg ad puasa sunat di bulan syaaban..berbeza tu..



kali ni, ana bukan lah nk ckp pasal bulan syaaban tp cuma nk hilangkan
sedikit dilemma yg ad dgn meluahkannya disini...

baru semalam, ana terfikir, bgmana nk gunakn waktu cuti sem ni
dgn sebaik-baiknya..

alhamdulillah, ana dh khatam 1 buku... (malu dgn diri sendiri)
1 buku sahaja???
lemahnya ana...
mungkin sahabat2 di luar sana dh khatam lebih diri ana..
ape2 pon tahniah buat shbt2 yg berjaya menelaah kitab2 spnjg tempoh cuti ni...
nanti boleh la share2 yer...
mabruk alaikum...

kadang2 ana terfikir, apabila kita ada waktu lapang, kita betul2 lapang
hingga terlupa tanggungjawab n peranan kita sbg khalifah..
tapi apabila datang pada kita satu amanah..
bertimpa-timpa amanah lain datang pd waktu yg sama
hinggakan tidak terlarat diri untuk memikul..
satu sisi kita diperlukn di sini, di sisi yg lain kita diperlukn juga..
kedua-duanya sama penting..
ana tahu ana tidak boleh egois,
dengan memilih yg mana ana suka..
namun, apakan daya,
pilihan tetap harus dibuat...

inilah dilemma yg ana rasakn ketika ini..
ya Allah...bglah petunjuk untukku..
sesungguhnya Engkau maha mengetahui mana yg baik untu diri ku..
semoga dimudahkan segalanya....

ana ingin lupakn seketika dilemma itu dgn fikirkn kisah gembira yg berlaku hari ni....
ana ingin berterima kasih pada ayah yg sudi bawa kami 1 family
kuar dinner....wastern food lagi...
walaupun x cukup 1 family,
namun amat berpuas hati..
terima kasih ayah...
semoga rezeki kita sekeluarga bertambah...
biiznillah....

"harta yg dikeluarkan untuk keluarga pasti akan ditambah oleh Allah
dgn berlibat ganda"....insha Allah..







Tuesday, July 12, 2011

KISAH TUKANG GUNTING


Assalamualaikum shbt2…

First, mari la kte selawat dulu bnyk2,

Semoga antum semua mendapat syafaat di akhirat nanti…

Ana nak share satu cerita yg ana ambil dalam satu modul program..

Hayati kisah ni yer shbt2…

Seorang lelaki bernama Manan datang ke kedai gunting. Seperti biasa, dia memulakan sedikit

perbualan dengan tukang gunting tersebut. Pelbagai isu yg dibualkan sehingga terkeluar isu tentang tuhan..

Tukang gunting: “encik, saya ini tidak percaya kalau tuhan itu ada seperti yg encik katakn tadi

Manan: (terkejut) mengapa anda mengatakan demikian??

Tukang gunting: “ mudah saja, cuba encik tengok di luar tingkap itu dan sedarlah bahawa tuhan tidak ada. Jika tuhan itu ada , tentu tidak ada yg sakit. Jika tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yg terbiar?.. jika tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.”

Manan berfikir tentang apa yang dikatakan tukang gunting .namun, dia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaanya, manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut.

Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya lebat membuatkannya kelihatan tidak kemas.

Lalu, manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting tadi.

Manan: encik, tukang gunting itu sebenarnya tidak ada seperimana yang anda katakan bahawa tuhan itu tidak ada.

Tukang gunting: “bagaimana mungkin mereka tidak ada?? buktinya adalah saya.. saya disini dan saya adalah seorang tukang gunting”

Manan: “ tidak , mereka tidak ada. Kalau tukang gunting ada, tidak mungkin ada orang yg berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu.

Tukang gunting: “Ah, anda merepek saja.. tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi, pada lelaki itu adalah dia tidak mahu datang ke kedai saya untuk di gunting rambutnya..(sambil tersenyum)

Manan: “T epat sekali! Itulah jawapannya untuk soalan adnda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia kerana mereka tidak mahu datang mencari tuhan dan menemuiNYA. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di atas dunia ini. Manusia jauh dengan tuhan macam mana nak selamat?

Mendengar jawapan Manan, si tukang gunting diam membisu tidak terkata..

Okey, cerita dh habis…

So, daripada cerita ni, ana dapat simpulkan, bahawa manusia selalu lupa akan Allah, tetapi Allah tidak pernah lupa pada hamba-hambaNYA.. apabila kita sakit atau ditimpa musibah, baru kita mengingatiNYA, namun apabila kita senang dan sibuk hal dunia, kita lupakan Allah…siapa kita yg bersikap bongkak denganNYA?? Kadang-kadang kita terlalu memuji tokoh-tokoh ilmuwan, sahabat yang hebat, hingga kita lupa untuk memuji Allah..kita lupa ada yang lebih layak untuk dipuji dari seluruh isi dunia ni…

Muhasabah untuk ana dan sahabat2..

Berapa banyak kita memuji Allah dalam sehari???

Andai kita selalu memuji Allah setiap kali selepas solat, adakah kita memujiNYA dengan bersungguh-sungguh??? Renung-renungkan….

Wallahu’alam…

Friday, July 1, 2011

Key- iN oh Key-iN


salam alaik...

alhamdulillah..masih diberi peluang utk ana bernafas
dan merasai nikmat hidup...


kali ni ana nk kongsi pasal kerja yg ana buat
selama seminggu ni...

xde la menarik sgt, biasa2 jer..
kerjanya ialah....

KEY- IN DATA....

pada mulanya ana agak elergic dgn perkataan key-in ni
krn ana dh rasa penat lelah buat kerja ni...

first experience before ana involve kerja ni ialah
pengalaman ana waktu jadi urusetia MTQN..
terpilih dlm unit kehakiman n pertandingan spesifiknya
key in data peserta...
penatnya bukan penat badan, tapi penat otak..
agaknya mcm ni la org keje office rasa tiap2 ari..
namun ana bersyukur atleast ana dh ad sedikit pengalaman..

minggu first ana balik, totally rehat kat umah
spend masa dgn family..
minggu ke 2, tiba2 dpt msj dr sorg shbt..
"salam, nti bz x mnggu ni?? ustaz mntak tolong key-in data..
serba salah nk reply mesej...
sebenarnya rasa malas pon ad, bila pkirkn penat otak wat keje ni,
boleh cram otak n rosak mata,
tp data yg kteorg perlu key-in ni bukan sebarg data..
data penting bagi negeri...

setelah pkir2, atleast ad jugak sumbngn ana utk negri..
so, msj di bls: ok..ana free jer, insha Allah...
kteorg start key -in data2 tu dari pagi smpai ptg asyik mengadap laptop..
ikut waktu office la...
banyak sgt maklumat penduduk...
tenaga kerja yg key-in kami ber4 kadang2 ber 5..
ana,lid, lia, adah n k.fzah...
laptop just ad 2 jer..
gilir2 la, sorg baca, sorg taip..

seminggu berlalu,
akhirnya keje KEY-IN data pon siap..
fuhhh...leganya bila en faizal, pengurus pejabat ckp
"dh abis dh setakat ni keje korg"
semua data dh beres...
yess...boleh rehat mcm biasa kat umah..
tapi risau jgak, takut nikmat masa lapang yg
Allah bg ana sia2kan...

duk kat umah pon, x de keje..
tolong mak jer..
waktu lain mcm ner??
kadang2 ana rela menjadi seorg yg terlalu sibuk
drp menjadi seorg yg punya masa lapang tetapi tidak bersyukur..
menggunakan nikmat yg diberi dgn perbuatan sia2..

ya Allah , jauhilah nikmat yg membuatkn aku lalai dlm duniaku
kerana aku tahu setiap nikmat yg Engkau berikan pasti
akan dihisab suatu hari nanti...
Ampunilah segala dosa hambaMU ini..
Sesungguhnya aku adalah hamba yg bnyak melakukan kesilapn
dalam menjalani arus kehidupan ini..

wallahu'alam.....