zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Tuesday, July 12, 2011

KISAH TUKANG GUNTING


Assalamualaikum shbt2…

First, mari la kte selawat dulu bnyk2,

Semoga antum semua mendapat syafaat di akhirat nanti…

Ana nak share satu cerita yg ana ambil dalam satu modul program..

Hayati kisah ni yer shbt2…

Seorang lelaki bernama Manan datang ke kedai gunting. Seperti biasa, dia memulakan sedikit

perbualan dengan tukang gunting tersebut. Pelbagai isu yg dibualkan sehingga terkeluar isu tentang tuhan..

Tukang gunting: “encik, saya ini tidak percaya kalau tuhan itu ada seperti yg encik katakn tadi

Manan: (terkejut) mengapa anda mengatakan demikian??

Tukang gunting: “ mudah saja, cuba encik tengok di luar tingkap itu dan sedarlah bahawa tuhan tidak ada. Jika tuhan itu ada , tentu tidak ada yg sakit. Jika tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yg terbiar?.. jika tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.”

Manan berfikir tentang apa yang dikatakan tukang gunting .namun, dia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaanya, manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut.

Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya lebat membuatkannya kelihatan tidak kemas.

Lalu, manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting tadi.

Manan: encik, tukang gunting itu sebenarnya tidak ada seperimana yang anda katakan bahawa tuhan itu tidak ada.

Tukang gunting: “bagaimana mungkin mereka tidak ada?? buktinya adalah saya.. saya disini dan saya adalah seorang tukang gunting”

Manan: “ tidak , mereka tidak ada. Kalau tukang gunting ada, tidak mungkin ada orang yg berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu.

Tukang gunting: “Ah, anda merepek saja.. tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi, pada lelaki itu adalah dia tidak mahu datang ke kedai saya untuk di gunting rambutnya..(sambil tersenyum)

Manan: “T epat sekali! Itulah jawapannya untuk soalan adnda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia kerana mereka tidak mahu datang mencari tuhan dan menemuiNYA. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di atas dunia ini. Manusia jauh dengan tuhan macam mana nak selamat?

Mendengar jawapan Manan, si tukang gunting diam membisu tidak terkata..

Okey, cerita dh habis…

So, daripada cerita ni, ana dapat simpulkan, bahawa manusia selalu lupa akan Allah, tetapi Allah tidak pernah lupa pada hamba-hambaNYA.. apabila kita sakit atau ditimpa musibah, baru kita mengingatiNYA, namun apabila kita senang dan sibuk hal dunia, kita lupakan Allah…siapa kita yg bersikap bongkak denganNYA?? Kadang-kadang kita terlalu memuji tokoh-tokoh ilmuwan, sahabat yang hebat, hingga kita lupa untuk memuji Allah..kita lupa ada yang lebih layak untuk dipuji dari seluruh isi dunia ni…

Muhasabah untuk ana dan sahabat2..

Berapa banyak kita memuji Allah dalam sehari???

Andai kita selalu memuji Allah setiap kali selepas solat, adakah kita memujiNYA dengan bersungguh-sungguh??? Renung-renungkan….

Wallahu’alam…

No comments: