Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…salam syaaban yg masih bersisa beberapa hari jer lagi
Ana pasti sudah tentu antum semua sedang memperlengkapkan diri untuk
menyambut ramadhan yang bakal tiba x lama lagi…
Ramadhan…Bulan tarbiyyah untuk kita di mana segala pahala digandakan pada bulan itu dan
lagi beruntung kerana syaitan dirantai sepanjang bulan tersebut, semoga kita semua dapat
beramal dengan maksima tanpa sebarang godaan syaitan….insha Allah…
kali ni ana nk share satu tajuk dalam buku yg ana baca, buku Muhammad Al-Ghazali iaitu seorang pemikir islam abad ini…
sebelum tu, ana ceritakn secara ringkas biodata sheikh Al-Ghazali ini
beliau dilahirkan pada tahun 1336 hijrah. Merupakan anak kepada ahli tasauf terkenal Abu Hamid Al-Ghazali, Beliau mewarisi tradisi keilmuan bapanya dan juga musuhnya, ibnu Rusy. Jika Al-Ghazali menentang pemikiran ahli falsafah , ibnu Taimiyah pula mengutamakan ahli feqah dan Sheik Al-Ghazali menganggap dirinya sebagai murid kepada kedua-dua aliran tersebut..
dalam penulisan beliau tentang tajuk hiduplah dalam batasan hari ini amat terkesan pada diri ana.
Disebabkan itu ana terpanggil untuk berkongsi serba sedikit dgn antum semua..
Manusia sering memikirkan di luar batasan, sbg contoh memikirkan perkara yg akan berlaku pada masa akan datang dan perkara silam yg telah lama berlalu..
Apabila seseorang memikirkan sesuatu yg akn dtg, pasti fikiran mereka akan merayau tanpa batasan di samping angan2 yg tinggi… kita selalu memikirkan kesan pada masa akan datang dalam hidup kita
Sedangkan perkara tersebut belum pasti…sudah tentu, kita berandai-andai apa yg akan berlaku..
Disebabkn demikian, berlakunya gangguan fikiran…
Kenapa kita perlu mengadakan gangguan fikiran yg sepatutnya tidak wujud sama sekali??
Oleh itu, hiduplah dalam batasan hari ini kerana itu lebih sesuai untuk kita…
Kata2 yg dipetik dari pujangga Inggeris, Thomas Carlyle:
Kami bukanlah golongan yg memandang kpd sinaran matlamat yang jauh dan mengkagumkan,
Malah, kami hanya melaksanakan kerja yang ada di hadapan kami…
Dr. Osler telah menyarankan para siswanya di university Yale supaya memulakan pelajaran mereka
Dengan doa dari Nabi Isa a.s berbunyi: “ roti kami yang diberikankepada kami pada hari ini cukup untuk kami..
Para siswa diingatkan doa ini untuk roti pada hari ini sahaja..
Nabi Isa a.s tidak berdukacita terhadap roti semalam yg telah rosak, Malah beliau tidak pernah merungut jika pada kemarau akan datang tidak ada makanan atau memikirkan bagaimana hehidupannya dan keluarganya pada masa akan datang jika beliau hilang jawatan..
Beliau tidak ingin memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang, kerana beliau hanya ingin memikirkan tugasnya pada hari ini…begitu juga roti,beliau ingin fikir tentang roti yang ada pada hari ini sahaja kerana roti pada hari ini sahaja yang boleh dimakan..
Sabda rasulullah,
Siapa yang mendapati dirinya aman dalam kelompoknya, badannya sihat , ada makanan untuk harinya , ia seolah-olah telah diserahkan kepadanya dunia dan isi-isinya.
Hadis riwayat At-Tarmizi
Sebenarnya suatu kebodohan yang besar orang yg memikirkan kesusahan yg tidak diduga datangnya,
Daripada Abu Hazim:
“sesungguhnya antara aku dan raja2 mempunyai hari yg satu!!
Sementara kelmarin mereka tiada lagi kelazatannya,
Esok, aku dan mereka sama-sama dalam kebimbangan,
Hiduplah dalam persekitaran hari ini sahaja!!
Demikianlah seorang fakir yg soleh mencabar raja-raja..
Hidup dalam batasan hari ini tidaklah bererti tidak mengambil tahu apa yang akan berlaku dan tidak bersedia untuk hari hadapan.
Orang yang memikirkan zaman hadapannya tergolong sebagai orang yg bijak dan berakal
Walaubagaimanapun,kita perlu bezakan antara rasa perihatin terhadap zaman hadapan dan rasa kesedaran akan nilaian hari ini.
Hari ini yang mantap menjadi asas yang baik untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.
Tahukah anda, bagaimana usia seseorang dicuri daripadanya??
Jawapannya ia lupa kepada zaman kininya kerana terlalu sibuk memikirkan hari esoknya..
Ia berterusan demikian hingga akhir hayatnya, sedangkan tangannya kosong dari sebarang kebaikan.
Sesungguhnya kita harus menilai hidup kita setiap hari dan saat.
Allah berfirman kepada mereka yang habiskan usianya dengan sia-sia dan membiarkan hari-hari yang bernilai dalam hidup mereka:
ويوم تقوم الساعة يقسم المجرمون ما لبثوا غير ساعة
Maksudnya: dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yg berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal di dalam kubur melainkan kadar satu saat sahaja…
(al-Rum: 55)
Hargailah nilaian hari ini yang berada di hadapan anda, jadilah orang yang bersyukur dengan
nikmat hari ini yg dianugerahkan kpd kita, guna lah nikmat “hari ini” dengan sebaiknya sebelum kita tidak lagi bertemu nikmat “hari ini”…..
ketahuilah hari ini jauh lebih berharga dari hari semalam dan hari esok….
No comments:
Post a Comment