zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Sunday, December 25, 2011

dunia sementara...

Bismillahirrahmanirrahim…

Kata seorang pujangga:

Kehidupan ini ibarat seorang musafir yang berteduh seketika di bawah pohon yang rendang, apabila letihnya hilang, musafir itu meneruskan perjalanannya menuju ke destinasi yg sebenar…

Tidak pernahkah kita bertanya tujuan penciptaan manusia di dunia ini??

Manusia diciptakan sbg seorang hamba,

Yang membezakan manusia itu adalah,

satu golongan adalah hamba Allah, dan satu golongan lagi hamba nafsu….

Hidup sebagai hamba Allah…

Insan atau manusia yg hidup sbg hamba Allah akan menghargai setiap detik hidupnya..

Setiap perbuatan pasti disandarkan pada Allah…

Mereka menghayati hakikat islam dan kalimah tauhid yang mereka ikrarkan…

Mereka sentiasa sedar akan hakikat dunia yg bersifat sementara,

Mereka tidak sekali-kali membiarkan diri mereka hanyut dengan tipu daya dunia…

Hidup sebagai hamba nafsu

Insan yg menjadikan nafsu sbg tuhannya sentiasa meletakkan nafsunya mendahului segalanya,

Mereka tertipu daya dengan kesenangan dunia yg sementara,

Mereka lansung tidak terfikir akan akhirat,

Mereka berhibur, berhias, seolah-olah mereka hidup di dunia ini selama-lamanya..

Mereka lupa tanggungjawab mereka dihidupkan,

Mereka hanyut di laut dunia ….

Nauzubillah….

Sedarlah wahai sahabat,

Dunia ini sementara,

Dunia adalah tempat yg Allah sediakan untuk kita mengumpul bekalan untuk dibawa pulang ke akhirat sana…

Dunia ini ladang akhirat, andai kita semainya dengan baik, pasti kita menuai hasilnya dengan baik..

Ketahuilah, mati itu pasti..

Sejauh mana kita lari dari hakikat kematian, ia tetap akan datang apabila tiba saatnya..

Sabda rasulullah s.a.w

Orang yang cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan untuk mati..

Ayuhlah sahabat,

Sedarlah dari tipu daya dan nikmat dunia ,

Apabila tiba saatnya, dunia ini akan musnah,

Tiada lagi kenikmatan dan kesenangan yg kita dambakan..

Kembalilah pada hakikat sebenar,

Kejarlah kesenangan hakiki di akhirat,

Kutiplah bekalan sebanyak-banyaknya sementara dirimu masih bernafas,

Segerakan taubatmu, kerana kita tidak tahu bila mati itu tiba..

Ketahuilah,

Mati itu datang secara tiba-tiba,

Mati itu menutup pintu taubat,

Ayuh, segerakan taubat mu,

Semoga kita tidak tergolong dalam orang yg rugi di akhirat sana..

Ya ALLAH hidupkan kami dengan iman, matikan kami dengan iman

Kumpulkan kami di mahsyarMu dengan iman,

Dan masukkan kami ke jannah-Mu dengan iman…

Nukilan,

humaira, pedamba cinta illahi…

Monday, November 7, 2011

ratu hatiku...

salam alaik, shbt2 bloggers...

auzubillahiminassyaitanirrajim

Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua … .” (An Nisa’ : 36)


setelh sekian lama blog ni menyepi,
inilah sedikit masa yg ku ada utk update blog ni...

cuti seminggu sempena eid adha,
gunakan semampunya utk siapkn assignment,
utk study for midterm,
namun, waktu ni lah kte bersama-sama family,
menziarahi sanak saudara,
bagaimana sibuk sekalipun make sure ad waktu untuk family...


sebenarnya post kali ni bukan nk cte pasal eid, tp pasal ratu hatiku...
sape dia????

of coz la ibu tercinta...

smpai jer umah pagi sabtu,
tengok family semua dalam keadaan mengantuk,
mana tak nya, tunggu anak kesayangan pulang,
ingatkan smpai pukul 1 or 2 pagi, rupa2nya 8 pagi..
traffic jamp ...
kesian ibu n adik2 tunggu smpai pagi,
berhajat nak sahur sama2.
nk puasa sunat pd ari arafah...
terharunya...




Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat di atas : “Kemudian (setelah menyuruh bertauhid, pent.) Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi wasiat untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Karena Allah menjadikan mereka berdua sebagai sebab keluarnya engkau dari ‘tidak ada’ menjadi ‘ada’. Dan banyak sekali Allah menggandengkan perintah beribadah kepada-Nya dengan berbuat baik kepada kedua orang tua.”

malam raya,

si ibu sibuk membantu jahitkan jubah..
diri sendiri pun dah tak tahan ngantuk dan tertido..
subuh esok bangun,
jubah dh siap dijahit oleh si ibu untuk di pakai di hari raya..
sekali lagi terharu...

walaupun ibu jarang ungkapakan rasa sayangnya melalui ucapan,
segala perbuatannya dh cukup untuk tunjukkan kasih sayang seorang ibu
tidak pernah berbelah bagi,
tidak pernah berubah sejak dari kecil hingga dewasa..

ibu...
andai saja dpt ku ungkapkan dengan kata-kata,
aku ingin sekali memberitahu isi dunia,
aku sangat mencintaimu lebih dari apa pun

ku sentiasa berdoa akan kesejahteraan dan kesihatan mu..

pentingnya seorang ibu dalam hidup setiap manusia,,, sehinggakan...


Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)


sayangilah ibu bapa kalian,
hargailah mereka selagi mana mereka masih berada di dunia ini...
sekadar ini sahaja perkongsia kali ini,
wallahu alam..




Sunday, July 31, 2011

Madrasah Ramadhan 2011


Assalamualaikum...sahabat sekalian,
ahlan wasahlan ila madrasah Ramadhan
semoga madrasah tarbiyyah ini menjanjikan ketakqwaan pd akhirnya..
insha Allah...

di sini ana ingin kongsikn assignment sepanjang madrasah tarbiyyah ini
semoga pelajar2 dapat mengerjakn dgn penuh tawadhu' n istiqamah..
Antara tugasan2 yg perlu disubmit setiap hari adalah:

1-puasa ramadhan

2- makan sahur

3-solat sunat tarawih

4-qiamullai
(solat sunat tahajjud, taubat n dll,tadarrus)

5-tadarrus Al-Quran
(4-8 muka surat 1 waktu solat)

6-solat sunat dhuha

7-baca Al-mathurat
(pagi+petang)

8-zikrullah

9-solat sunat rawatib

10-membaca Al-Mulk setiap malam

11-membaca surah Al- Kahfi setiap jumaat

sama2 lah kita mengimarahkan Ramadhan kali ini
mungkinkah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita??
justeru, raikan Ramadhan dengan pesta ibadah bagi bekalan kita di akhirat..
taqaballahu minna waminkum..
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...

-wallahua'lam-


Tuesday, July 19, 2011

HIDUPLAH DALAM BATASAN HARI INI

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum…salam syaaban yg masih bersisa beberapa hari jer lagi

Ana pasti sudah tentu antum semua sedang memperlengkapkan diri untuk

menyambut ramadhan yang bakal tiba x lama lagi…

Ramadhan…Bulan tarbiyyah untuk kita di mana segala pahala digandakan pada bulan itu dan

lagi beruntung kerana syaitan dirantai sepanjang bulan tersebut, semoga kita semua dapat

beramal dengan maksima tanpa sebarang godaan syaitan….insha Allah…

kali ni ana nk share satu tajuk dalam buku yg ana baca, buku Muhammad Al-Ghazali iaitu seorang pemikir islam abad ini…

sebelum tu, ana ceritakn secara ringkas biodata sheikh Al-Ghazali ini

beliau dilahirkan pada tahun 1336 hijrah. Merupakan anak kepada ahli tasauf terkenal Abu Hamid Al-Ghazali, Beliau mewarisi tradisi keilmuan bapanya dan juga musuhnya, ibnu Rusy. Jika Al-Ghazali menentang pemikiran ahli falsafah , ibnu Taimiyah pula mengutamakan ahli feqah dan Sheik Al-Ghazali menganggap dirinya sebagai murid kepada kedua-dua aliran tersebut..

dalam penulisan beliau tentang tajuk hiduplah dalam batasan hari ini amat terkesan pada diri ana.

Disebabkan itu ana terpanggil untuk berkongsi serba sedikit dgn antum semua..

Manusia sering memikirkan di luar batasan, sbg contoh memikirkan perkara yg akan berlaku pada masa akan datang dan perkara silam yg telah lama berlalu..

Apabila seseorang memikirkan sesuatu yg akn dtg, pasti fikiran mereka akan merayau tanpa batasan di samping angan2 yg tinggi… kita selalu memikirkan kesan pada masa akan datang dalam hidup kita

Sedangkan perkara tersebut belum pasti…sudah tentu, kita berandai-andai apa yg akan berlaku..

Disebabkn demikian, berlakunya gangguan fikiran…

Kenapa kita perlu mengadakan gangguan fikiran yg sepatutnya tidak wujud sama sekali??

Oleh itu, hiduplah dalam batasan hari ini kerana itu lebih sesuai untuk kita…

Kata2 yg dipetik dari pujangga Inggeris, Thomas Carlyle:

Kami bukanlah golongan yg memandang kpd sinaran matlamat yang jauh dan mengkagumkan,

Malah, kami hanya melaksanakan kerja yang ada di hadapan kami…

Dr. Osler telah menyarankan para siswanya di university Yale supaya memulakan pelajaran mereka

Dengan doa dari Nabi Isa a.s berbunyi: “ roti kami yang diberikankepada kami pada hari ini cukup untuk kami..

Para siswa diingatkan doa ini untuk roti pada hari ini sahaja..

Nabi Isa a.s tidak berdukacita terhadap roti semalam yg telah rosak, Malah beliau tidak pernah merungut jika pada kemarau akan datang tidak ada makanan atau memikirkan bagaimana hehidupannya dan keluarganya pada masa akan datang jika beliau hilang jawatan..

Beliau tidak ingin memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang, kerana beliau hanya ingin memikirkan tugasnya pada hari ini…begitu juga roti,beliau ingin fikir tentang roti yang ada pada hari ini sahaja kerana roti pada hari ini sahaja yang boleh dimakan..

Sabda rasulullah,

Siapa yang mendapati dirinya aman dalam kelompoknya, badannya sihat , ada makanan untuk harinya , ia seolah-olah telah diserahkan kepadanya dunia dan isi-isinya.

Hadis riwayat At-Tarmizi

Sebenarnya suatu kebodohan yang besar orang yg memikirkan kesusahan yg tidak diduga datangnya,

Daripada Abu Hazim:

“sesungguhnya antara aku dan raja2 mempunyai hari yg satu!!

Sementara kelmarin mereka tiada lagi kelazatannya,

Esok, aku dan mereka sama-sama dalam kebimbangan,

Hiduplah dalam persekitaran hari ini sahaja!!

Demikianlah seorang fakir yg soleh mencabar raja-raja..

Hidup dalam batasan hari ini tidaklah bererti tidak mengambil tahu apa yang akan berlaku dan tidak bersedia untuk hari hadapan.

Orang yang memikirkan zaman hadapannya tergolong sebagai orang yg bijak dan berakal

Walaubagaimanapun,kita perlu bezakan antara rasa perihatin terhadap zaman hadapan dan rasa kesedaran akan nilaian hari ini.

Hari ini yang mantap menjadi asas yang baik untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

Tahukah anda, bagaimana usia seseorang dicuri daripadanya??

Jawapannya ia lupa kepada zaman kininya kerana terlalu sibuk memikirkan hari esoknya..

Ia berterusan demikian hingga akhir hayatnya, sedangkan tangannya kosong dari sebarang kebaikan.

Sesungguhnya kita harus menilai hidup kita setiap hari dan saat.

Allah berfirman kepada mereka yang habiskan usianya dengan sia-sia dan membiarkan hari-hari yang bernilai dalam hidup mereka:

ويوم تقوم الساعة يقسم المجرمون ما لبثوا غير ساعة

Maksudnya: dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yg berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal di dalam kubur melainkan kadar satu saat sahaja…

(al-Rum: 55)

Hargailah nilaian hari ini yang berada di hadapan anda, jadilah orang yang bersyukur dengan

nikmat hari ini yg dianugerahkan kpd kita, guna lah nikmat “hari ini” dengan sebaiknya sebelum kita tidak lagi bertemu nikmat “hari ini”…..

ketahuilah hari ini jauh lebih berharga dari hari semalam dan hari esok….

Friday, July 15, 2011

di lema 2 pilihan...


assalamualaikum...w.b.t

kita mulakn dgn beristighfar dulu yer shbt2...
astaghfirullahalazim 3x..

malam ni malam nisfu syaaban,
banyak barakah pada mlm ni..
apa2 pun bergantung pada iman kita sama ada nk gunakn
peluang yg ada dgn sebaik2nya bg mengimarahkn lagi bulan syaaban ni..
bukan sekadar m'fokuskn malam nisfu syaaban jer,
tapi keseluruhan bulan syaaban..
ingat, xde puasa sunat khusus untuk nisfu syaaban..
yg ad puasa sunat di bulan syaaban..berbeza tu..



kali ni, ana bukan lah nk ckp pasal bulan syaaban tp cuma nk hilangkan
sedikit dilemma yg ad dgn meluahkannya disini...

baru semalam, ana terfikir, bgmana nk gunakn waktu cuti sem ni
dgn sebaik-baiknya..

alhamdulillah, ana dh khatam 1 buku... (malu dgn diri sendiri)
1 buku sahaja???
lemahnya ana...
mungkin sahabat2 di luar sana dh khatam lebih diri ana..
ape2 pon tahniah buat shbt2 yg berjaya menelaah kitab2 spnjg tempoh cuti ni...
nanti boleh la share2 yer...
mabruk alaikum...

kadang2 ana terfikir, apabila kita ada waktu lapang, kita betul2 lapang
hingga terlupa tanggungjawab n peranan kita sbg khalifah..
tapi apabila datang pada kita satu amanah..
bertimpa-timpa amanah lain datang pd waktu yg sama
hinggakan tidak terlarat diri untuk memikul..
satu sisi kita diperlukn di sini, di sisi yg lain kita diperlukn juga..
kedua-duanya sama penting..
ana tahu ana tidak boleh egois,
dengan memilih yg mana ana suka..
namun, apakan daya,
pilihan tetap harus dibuat...

inilah dilemma yg ana rasakn ketika ini..
ya Allah...bglah petunjuk untukku..
sesungguhnya Engkau maha mengetahui mana yg baik untu diri ku..
semoga dimudahkan segalanya....

ana ingin lupakn seketika dilemma itu dgn fikirkn kisah gembira yg berlaku hari ni....
ana ingin berterima kasih pada ayah yg sudi bawa kami 1 family
kuar dinner....wastern food lagi...
walaupun x cukup 1 family,
namun amat berpuas hati..
terima kasih ayah...
semoga rezeki kita sekeluarga bertambah...
biiznillah....

"harta yg dikeluarkan untuk keluarga pasti akan ditambah oleh Allah
dgn berlibat ganda"....insha Allah..







Tuesday, July 12, 2011

KISAH TUKANG GUNTING


Assalamualaikum shbt2…

First, mari la kte selawat dulu bnyk2,

Semoga antum semua mendapat syafaat di akhirat nanti…

Ana nak share satu cerita yg ana ambil dalam satu modul program..

Hayati kisah ni yer shbt2…

Seorang lelaki bernama Manan datang ke kedai gunting. Seperti biasa, dia memulakan sedikit

perbualan dengan tukang gunting tersebut. Pelbagai isu yg dibualkan sehingga terkeluar isu tentang tuhan..

Tukang gunting: “encik, saya ini tidak percaya kalau tuhan itu ada seperti yg encik katakn tadi

Manan: (terkejut) mengapa anda mengatakan demikian??

Tukang gunting: “ mudah saja, cuba encik tengok di luar tingkap itu dan sedarlah bahawa tuhan tidak ada. Jika tuhan itu ada , tentu tidak ada yg sakit. Jika tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yg terbiar?.. jika tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.”

Manan berfikir tentang apa yang dikatakan tukang gunting .namun, dia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaanya, manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut.

Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya lebat membuatkannya kelihatan tidak kemas.

Lalu, manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting tadi.

Manan: encik, tukang gunting itu sebenarnya tidak ada seperimana yang anda katakan bahawa tuhan itu tidak ada.

Tukang gunting: “bagaimana mungkin mereka tidak ada?? buktinya adalah saya.. saya disini dan saya adalah seorang tukang gunting”

Manan: “ tidak , mereka tidak ada. Kalau tukang gunting ada, tidak mungkin ada orang yg berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu.

Tukang gunting: “Ah, anda merepek saja.. tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi, pada lelaki itu adalah dia tidak mahu datang ke kedai saya untuk di gunting rambutnya..(sambil tersenyum)

Manan: “T epat sekali! Itulah jawapannya untuk soalan adnda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia kerana mereka tidak mahu datang mencari tuhan dan menemuiNYA. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di atas dunia ini. Manusia jauh dengan tuhan macam mana nak selamat?

Mendengar jawapan Manan, si tukang gunting diam membisu tidak terkata..

Okey, cerita dh habis…

So, daripada cerita ni, ana dapat simpulkan, bahawa manusia selalu lupa akan Allah, tetapi Allah tidak pernah lupa pada hamba-hambaNYA.. apabila kita sakit atau ditimpa musibah, baru kita mengingatiNYA, namun apabila kita senang dan sibuk hal dunia, kita lupakan Allah…siapa kita yg bersikap bongkak denganNYA?? Kadang-kadang kita terlalu memuji tokoh-tokoh ilmuwan, sahabat yang hebat, hingga kita lupa untuk memuji Allah..kita lupa ada yang lebih layak untuk dipuji dari seluruh isi dunia ni…

Muhasabah untuk ana dan sahabat2..

Berapa banyak kita memuji Allah dalam sehari???

Andai kita selalu memuji Allah setiap kali selepas solat, adakah kita memujiNYA dengan bersungguh-sungguh??? Renung-renungkan….

Wallahu’alam…

Friday, July 1, 2011

Key- iN oh Key-iN


salam alaik...

alhamdulillah..masih diberi peluang utk ana bernafas
dan merasai nikmat hidup...


kali ni ana nk kongsi pasal kerja yg ana buat
selama seminggu ni...

xde la menarik sgt, biasa2 jer..
kerjanya ialah....

KEY- IN DATA....

pada mulanya ana agak elergic dgn perkataan key-in ni
krn ana dh rasa penat lelah buat kerja ni...

first experience before ana involve kerja ni ialah
pengalaman ana waktu jadi urusetia MTQN..
terpilih dlm unit kehakiman n pertandingan spesifiknya
key in data peserta...
penatnya bukan penat badan, tapi penat otak..
agaknya mcm ni la org keje office rasa tiap2 ari..
namun ana bersyukur atleast ana dh ad sedikit pengalaman..

minggu first ana balik, totally rehat kat umah
spend masa dgn family..
minggu ke 2, tiba2 dpt msj dr sorg shbt..
"salam, nti bz x mnggu ni?? ustaz mntak tolong key-in data..
serba salah nk reply mesej...
sebenarnya rasa malas pon ad, bila pkirkn penat otak wat keje ni,
boleh cram otak n rosak mata,
tp data yg kteorg perlu key-in ni bukan sebarg data..
data penting bagi negeri...

setelah pkir2, atleast ad jugak sumbngn ana utk negri..
so, msj di bls: ok..ana free jer, insha Allah...
kteorg start key -in data2 tu dari pagi smpai ptg asyik mengadap laptop..
ikut waktu office la...
banyak sgt maklumat penduduk...
tenaga kerja yg key-in kami ber4 kadang2 ber 5..
ana,lid, lia, adah n k.fzah...
laptop just ad 2 jer..
gilir2 la, sorg baca, sorg taip..

seminggu berlalu,
akhirnya keje KEY-IN data pon siap..
fuhhh...leganya bila en faizal, pengurus pejabat ckp
"dh abis dh setakat ni keje korg"
semua data dh beres...
yess...boleh rehat mcm biasa kat umah..
tapi risau jgak, takut nikmat masa lapang yg
Allah bg ana sia2kan...

duk kat umah pon, x de keje..
tolong mak jer..
waktu lain mcm ner??
kadang2 ana rela menjadi seorg yg terlalu sibuk
drp menjadi seorg yg punya masa lapang tetapi tidak bersyukur..
menggunakan nikmat yg diberi dgn perbuatan sia2..

ya Allah , jauhilah nikmat yg membuatkn aku lalai dlm duniaku
kerana aku tahu setiap nikmat yg Engkau berikan pasti
akan dihisab suatu hari nanti...
Ampunilah segala dosa hambaMU ini..
Sesungguhnya aku adalah hamba yg bnyak melakukan kesilapn
dalam menjalani arus kehidupan ini..

wallahu'alam.....

Sunday, June 26, 2011

suatu perjuangan sementara...


di kala malam yg sepi,
ku mencari-cari
erti sebuah kehidupan..
menjalani liku2 perjalanan
mengimpikan suatu impian yg belum tercapai
merealisasikan satu perjuangan

namun..
diri ini fakir dalam segenap perkara
tidak layak menyebut soal perjuangan
kerana diri dipenuhi dengan kelemahan,
kelemahan insan bergelar manusia
bergelumang dengan dosa dan alpa

walaupun terasa diri amat hina,
impian yg tinggi tetap teguh di hati,
syurga firdausi menjadi idaman,
tugas khalifah perlu dilaklsanakn,
di sini lah letaknya suatu perjuangan,

kehidupan bersifat sementara,
tempat perjuangan merebut firdausi,
tempat ujian dan dugaan,
mengharungi ranjau dan nikmat yg bersifat sementara,
memerlukan keteguhan iman yg kuat,
dalam menuju alam akhirat...

p/s: satu nukilan di kala malam yg sepi drp insan yg kerdil lg hina..

Saturday, June 18, 2011

MTQN 2011


salam'alaik...

kali ni, ana ingin berkongsi pengalaman ana sebagai urusetia Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid PEYATIM peringkat kebangsaan 2011...
niat ana sekadar berkongsi n bercerita tentang pengalaman yg ana dapat...

First time, ana terlibat dalam program seperti ini...Alhamdulillah ana terpilih drp beratus yg mendaftar...

namun di sebalik perasaan excited untuk menerima tanggungjawan n pengalaman baru.....

Ana diuji.......

hebatnya ujian yg datang sebelum dan selepas program
hinggakan ana hilang semangat n x sanggup nak teruskan......

namun ana terfikir.....
sesuatu yang pahit yang diharungi pasti akan mendapat hasil yang begitu manis

Sebelum bermulanya program

semua urusetia mendapat mesej arahan mendaftar dan check in...
ana x dapat ape2 mesej.
Ana bertanyakn ajk, dimana penginapan ana
ajk tersebut memberitahu di kksi,
namun, apabila ana minta kawan untuk tolong daftarkn di kksi, nama ana xde..

setelah di cek balik, rupanya nama ana di tukar ke kknc..
tp x de yg maklumkan....
rupanya no fon ana salah catat...

dua hari sebelum program, ada meeting untuk pembahagian unit..
ana berada dalam unit teknikal dan kehakiman..
menarik bunyinya..

namun hanya Allah yg tahu cabarannya....
belum abis meeting, unit kami terus diasingkan dengan unit2 yg lain

pelik...tp knp yer??

kami diperkenalkan dgn ustaz razman..
baik, ramah dan sabar orangnya...
kata ustaz razman" unit ni rahsia n sulit" sbb tu kita diasingkan..
dari fkp, kami dibawa ke tingkt 4 fpqs....

first, kami dibahagikn pula dlm unit yg kecil..
ana berada dalam unit key-in data

hanya Allah yg tahu, kami hnya berlima perlu menyiapkan beribu
data peserta ...sedangkan program bermula 1 hari lagi.

pusat operasi kami di infad..
dikala unit lain masih belum bertugas,
kami dah seharian di infad mengadap laptop n dokumen setiap peserta yg dihantar..
x cukup seharian, masih belum siap,
kami minta untuk bawa balik semua dokumen ke hostel ,
nasib baik kami diber kepercayaan bawa balik semua dokumen tu...
malam tu,
kami stay up untuk siapkan data...

belum start program, cabaran n keletihan amat terasa...

kami harus siapkan malam tu jgk, krn esok semua kontinjen mendaftar berdasarkan data yg kami buat...

setelah sampai di infad, ustaz razman mengarahkan untuk edit balik data yg kami buat
hinggalah kami terlewat ke stadium untuk proses pendaftaran..

bermulanya program

hari pendaftarn, pelbagai kerenah kontinjen kami hadapi,
ada yg datang dan marah2, ada jg yg ramah, ad yg merayu-rayu n sebagainya..

rasa marah kami hadapi dengan senyuman krn fikirkan mood n semangat yg ad pd hari itu
tidak harus terhenti pada waktu itu krn pd malamnya kami masih ad kerja yg lebih besar..

malam tersebut,
proses undian bermula

Alhamdulillah sebelum startnya proses undian,
kami diberi nasihat n kata2 semangat oleh ustaz razman..
kata2 dari beliaulah yg membuatkan unit kami tetap bersemangat menghadapi segala
kerenah dari pihak kontinjen mahupun peserta...

ketika proses undian, kami dimarahi lagi , akibat tertukar minus-one..
Ya Allah kuatkanlah hati hambaMU..

ingat pesanan ustaz sebelum bermulanya acara,
ikhlaskan niat, senyum jer walaupun anda dimarahi atau di maki..
fikirkan, kita buat kerja ni kerana Allah,
muliakan anak-anak yatim..

Alhamdulillah, ketegangan tersebut x berpanjangan...

sampai dihostel pukul 1 pagi..

tugas key-in data masih belum selesai..
stay up lagi jawabnya.....

first day,
unit kami hanya dibahagikn 5 org untuk control satu dewan..
biar betul??
dewan yg memuatkan ratusan peserta n penyokong dikawal oleh 5 orang??
macam x percaya
tp itu hakikatnya...
tambahan lagi, waktu pertandingan nasyid,
dewan memang out of control...

x tahu nk wat cm ner..
semua seat dipenuhi penyokong, hngga peserta xde tempat duduk..
kami x cukup tangan nak handle..
smpaikn hari tu, x sempat makan...
hnya sempat berhenti rehat untuk solat..
namun,
sebabkan keadaan dewan yg out of control
kami dikatakan x bertugas..
unit lain menyalahkan kami...
hanya Allah yg tahu perasaan kami pada waktu tu..
ada yg menitiskan air mata....

namun, syukur pada Allah,
dikurniakan penasihat, ketua unit dan ahli unit yg saling menguatkan
antara satu sama lain..
ustaz yg sentiasa tersenyum dan memberi semangat,
sentiasa memberi penghargaan,
ketua unit yg begitu prihatin,
dan ahli unit yg begitu memahami..

Sungguh, ana bertuah dapat mengenali kalian....
ana gembira dapat bekerja bersama kalian...

Alhamdulillah Ya Allah,walaupun diiringi ujian yg hebat, namun KAU
anugerahkan insan yg HEBAT disisi kami....

Begitulah hari2 seterusnya,
pelbagai ujian yg kami hadapi...
namun, kami dapat bantuan tenaga dari unit lain,
walaupun di kalangan mereka ada yg merungut krn perlu turut serta
berkerja dalam unit kami,
tapi mereka meringankan tugas kami...
terima kasih kpd unit2 lain , LO kontinjen, unit penginapan
yg sudi membantu unit kami..
kami amat menghargai bantuan kalian...


disebalik ujian terkandung seribu hikmah..

bekerja dalam keadaan stress, namun ad penghibur disisi
bekerja dengan air mata, namun ada pemberi semangat disisi..
bekerja dalam keadaan tidak cukup tangan, namun ada bantuan yang datang..
bekerja dengan keletihan minda, namun ada gelak tawa yg dibuat2 untuk hiburkan kami..

walaupun jalannya pahit, namun masih terasa kemanisannya...

kemanisan berukhuwwah...
kemanisan saling menasihati dan menguatkan....
kemanisan berorganisasi..
kemanisan memperolehi pengalaman..
kemanisan melayani anak2 yatim..
kemanisan tugas seorang daie......

semoga di pahit manis yg diperolehi ada nilainya disisi Allah..
insha Allah..

-wallahu a'lam-










Wednesday, June 15, 2011

Pengalaman 2.....



Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ana menyambung coretan sambungan….

Kali ni, ana diberi peluang mengikuti program ibnu soleh dan ben 10… peranan ana sebagai fasilitator….. erm, berbekalkan sedikit pengalaman yg ada sebelum ni, ana cuba sebaik mungkin

Peranan yg sama…tetapi pendekatan yg berbeza….

Ibnu soleh

Program bertempat di SBPI sabak bernam….sasaran students form 1 n form 2….

Masih segar di ingatan gelagat adik2 sbpi….semua genius2…..apa yg ana rasa prlu dikongsi, ana kongsi… jiwa awal remaja perlu ana selami…. Alhamdulillah Allah memudahkan kerja sepanjang program…. Program berjalan lancar….

Ana rindu adik2 group ana, sos team…(save our soul) masih terbayang wajah zafrina, mimi, afiqah, dzumirrah,izzul, iman, solehin, ( maaf akak x ingat semua)

Namun… hati kecil mengharapkan semoga ukhuwwah berkekalan dan adik2 mendapat ibrah dari program kami….teringat saat perpisahan dgn adik2 …ada yg kejar bas usim sewaktu kami bertolak pulang…ada yg menangis…..hebatnya ukhuwwah yg terjalin tak smpai 3 hari boleh buat org menitiskn air mata….Allahu rabbi….

BEN-10

Berakhir episode ibnu soleh, datang pula penangan ben 10…. Ujian amat hebat sebelum n sepanjang program…..hnya allah yg tahu , hngga ana rasa nak tarik diri dari program ni….namun, bila fikirkan tanggungjawab n amanah…ana teruskan….

Program ni melibatkan pelajar semuda 7 tahun( faham2 lah kanak-kanak)hngga 17 tahun.., pelbagai kerenah dan aksi..selama 4 hari program berjalan, rasa diri letih n penat melayan kanak2, namun, bila fikirkan bagaimana ibu kita menjaga kita….ana kuatkan semangat….seorang ibu mampu mendidik anak yg ramai…selama berpuluh – puluh tahun, inikan ana 4 hari jer pun dh hmpir hilang semangat….

Dgn motivasi dari ibu sendiri, Alhamdulillah program tersebut ana teruskn dgn semangat yg kntal…hehe…Alhamdulillah program tersebut diklafikasikan sbg Berjaya…Syabas buat fasi2 semua….ana tengok semua dh layak jd ibu bapa….hehe

Walaupun penat, tapi happy dgn kerenah kanak-kanak…masih segar wajah amir, amirul, asyraf, mayah, anis, atiqah, amira….rndu nak tengok keletah korang semua terutama time nyanyi lagu tema ben-10.Tahniah n syabas krn hadiahkn akak psembahn yg terbaik pd mlm kesenian…mula2 ingtkan susah jgk nk train adk2 ni…ye la, kanak2 bnyak main…. Tp adik2 ni sgt membanggakan……x smpai sejam dh hafal lirik n gaya……sayang korang….semoga jadi anak soleh n solehah….amin…….

Monday, May 23, 2011

pengalaman yang berharga eps 1.....





salam sahabat sekalian....

subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar....

kali ini, ana memulakan tinta dgn puji-pujian kpd ALLAH...
bersyukur masih dikurniakan nikmat iman dan islam...

sekarang fatrah cuti semester,
namun ana tidak berpeluang lagi untuk pulang ke kampung dek kerana
ingin memastikan cuti yg ada dijalani dgn pkara bermanfaat....

Alhamdulillah....
bermulanya cuti , pelbagai mesej forward yg ana dapat mengajak ana ke program2
yg menarik dan bermanfaat....inshaALLAH....



first program: JAULAH FUQAHA'

jaulah ni dianjurkn oleh fakulti,
bertempat di kedah n pineng,
selama 3 hari 2 malam,
pelbagai kenangan n pengalaman yg ana dpt melalui jaulah ni..
hari first,
kteorg pergi ke muzium padi,pekan rabu n mahkamah syariah
subhanallah....terpegun ana melihat keindahan muzium padi
terdapat lukisan 3D yg dilukis oleh pelukis korea...
namun, ciptaan ALLAH lebih hebat...
kerana itu hanya lukisan....

setelah itu,
kami singgak ke pekan rabu,
sempat lagi ana mencari baju hitam -putih utk dipakai ke court,
nak tak nak,kne ikut protokol,
sempat la shopping baju di cni....

next, ke mahkamah syariah,
dgr taklimat, melawat court pbicaraan
satu pngalaman yg brharga,
namun agak terkilan sedikit krn tiada pbicaraan dijalankn pd hari itu

second day,
kami bertolak ke pulau pinang,
first time ana smpai pineng,
lg skali ana terpegun melihat jambatan pulau pinang yg pnjang tu..
di tambah pula, dalam bas yg ana naik ad shbt yg berasal dr pineng,
lagi syok mndengar celotehnya ttg sejarah pineng...
di pineng, kami melawat jabatan agama p.pinang
then, kami ke pejabat mufti,
beruntung rasa diri boleh bertemu mata dgn mufti p.pinang,
bukan senang nk jmpa alim ulama' zaman skrg...
destinasi seterusnya, muzium usm..
malam tu,
kami ke pantai merdeka,
bbq...kenangan indah bersama shbt2 fifa gen5,
makan same2,
tmbh seronok lg, apb dpt saksikn magic show....
allahuakbar, nikmat yg indah bgku....

last day,
kami bertolak ke kilang hpa n RFC...
hati kecil berdoa agar satu2nya perniagaan muslim ini berkembang
ke seluruh negeri...bukan setakat di utara shj....insyaALLAH..

ana bersyukur, masih diberi ruang untuk diri ini mengutip pengalaman2 yg berharga..
bagi memajukan diri untuk islam..insyaALLAH...
semoga hari2 yg ana jalani bermanfaat buat diri sendiri dan saudara seislam..amiin

wallahua'lam...
bersambung-




Tuesday, April 5, 2011

HeArT-LOVE- something difficult....

salam'alaik, saudara seagama ku..
lama x update blog ni...
almaklum terlalu bz dgn kehidupn sbg pelajar...

kali ni, terdetik di hati ana untuk berkongsi tentang HATI...
manusia dilahirkan dgn fitrah,
salah satu fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai...

CINTA???
apa itu cinta??
mudah disebut, sukar ditafsirkan
berkait rapat dgn HATI...
namun, dengan cinta membuatkan hati kotor,
hati lalai, hati yang kejarkan dunia..
cinta yg bgmana??
tentulah cinta yg diletakkan di tempat yg salah..
cinta yg diberi kpd yg haram...

tapi.......
itu fitrah,
manusia tidak boleh melawan fitrah
cinta dtg dari ALLAH
satu perasaan yg dianugerahkan oleh ALLAH kpd hambanya,
kadang2 ALLAH terbitkan rasa cinta kita kpd org yg haram bg kita
tp kenapa ya???

tak lain tak bukan, untuk menguji hati hamba2nya,
saat diujilah, hambanya sedar bertapa sukarnya menjaga hati,
sukarnya....sgt sukar, sgt susah
sehingga ada yg mengatakn menjaga hati lebih sukar dari menjaga dunia..


"aku ingin menjaga hatiku,
tapi...wajah dan bayangan sidia sentiasa diminda dan hatiku"
bagaimana ni??
hatiku kotor, aku rasa begitu hina...
begitu mudah aku jatuh cinta pada yg tidak sepatutnya,
sedangkan aku tahu perasaan cinta sungguh murni dan suci
jika diletakkan di tempat yang betul...
namun, perkara itu x mudah,
amat sukar,
tolonglah hambamu YA ALLAH,
bersihkan hatiku,
letakkan rasa cintaku terhadapMU mengatasi cinta manusia...
tunjukkan pdaku cinta manusia tidak berguna...

ana teringat lirik lagu inteam
cintakan bunga, bungakan layu
cintakan manusia, manusia akan mati
cintakan harta, pasti akan ditiggalkan
cintakan ILLAHI , cinta yg kekal abadi...


Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)


Nas al-Quran menyebut hati itu berada di dalam dada.

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

ertinya: maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal (memahami) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)

Ayat ini secara terang-terangan menaskan:
-Akal terletak di HATI, bukan di KEPALA.
-Dan hati pula terletak di dalam DADA.

Ayat ini sekaligus menolak pandangan ahli falsafah yg mengatakan akal terletak di otak. Sebetulnya, akal terletak di HATI, cuma fungsinya berkait rapat dengan kesihatan otak. Jika ada masalah di otak, maka akal yang terletak di hati akan terjejas.


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

" aku risau dan bimbang andai hati ini kotor
aku jauh lebih risau andai hati ini mati
Ya ALLAH, lindungilah hatiku ini
Aku perlu bantuanMU untuk menyucikan hatiku...


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Q.S. al-Syura ayat 88-89)

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22).

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk tidak mengotori hatiku
aku masih berusaha dan berusaha
namun usahaku amat perlu pada bantuan MU...
kerana BUKAN MUDAH MENJAGA HATI......

Saturday, February 5, 2011

kisah di bulan "Februari"

salam'alaik

bulan februari ini dimulai dgn pelbagai isu....

first, isu mesir yg berada dalam keadaan darurat...




second, kenaikkan harga barang

x cukup dengan isu yg melanda dunia, isu yg melanda kmpus
antaranya terdapat pelajar2 yg terpengaruh dengan wahabi..

ana xde la nk ulas isu2 di atas krn semua makluman dari media sudah pun
heboh menceritakan keadaan di Mesir,

sehingga ana terfikir kata seorang sahabat "dunia ini banyak penyakit"
di mana2 pun tidak pernah satu ketika pun satu dunia berada dalam aman dan tenang...
jika tidak masalah besar mungkin masalah kecil,
jika tidak di negara kita, mungkin di negara jiran dan sebagainya..

Begitulah juga kehidupan yg kita lalui...
setiap orang yg beriman pasti merasa kesusahan hidup di dunia
sedangkan rasulullah sendiri pun diuji pelbagai cabaran dan dugaan,
inikan kita seorang manusia, yang x punya apa2,
segala milik kita semua hanyalah pinjaman sementara..

Ana sendiri rasa letih dan penat dgn kehidupan skrg...
namun, bila difikir2...layakkah kita sbg hamba yg hina berkata begitu???
manusia ialah seorang khalifah yg dilantik oleh ALLAH untuk m'imarahkan bumi
dengan amal dan ketaatan di samping menjadi seorang daie..
Adakah seorang Daie mengenal erti letih, penat, lelah dan sbgnya??
jika daie letih, x berkembanglah islam...
maka, di mana tanggungjawab kita sbg khalifah ALLAH??

Sekadar berkongsi, baru2 ini ana berbual dgn seorg sahabat mengenai ilmu fiqh,
bualan kami semakin panjang apabila sahabat tersebut mempertikaikan ilmu yg dia dapat di madrasah bercanggah dgn ilmu yg diberi oleh lecturer2 di sini
mungkin ana yg begitu cetek ilmu tidak layak untuk mempertikaikn mana betul, mana salah....mungkin juga termasuk dalam bab khilaf...itu jawapan ana
namun perbualan kami semakin panjang shingga bab fiqh muamalat..
last2 jawapan ana, kita ikut pndapat ulama' mutaakhirin..
tp masih si sahabat mengatakn ustaz madrasahnya merujuk kitab turas,
sehiggalah ana terdiam...

namun begitu, ana mengambil keputusan untuk bertanya ustaz di dalam kelas..
tiba2 soalan ana membuatkan ustaz agak emosi...ana terkejut....
jawapan ustaz pada ana, kita sbg pelajar, penuntut ilmu,
kita tidak boleh bergurukan seorang ustaz,
sepatutnya kita amek semua pendapat dan menilai kembali,
terpulanglah kita nk ikut ulama' mana jika bertepatan dgn penilaian kita..

Ustaz menjadi semakin emosi apabila keluar isu wahabi,
sape anda nk menentukan ulama' ni betul ulama' ni salah??
layakkah kita??
ilmu x bnyak mana? kitab pun x abis baca??
satu kelas terpana...terkejut dengan kata2 ustaz

ustaz berkata lagi,
kita tidak boleh hidup berpegang dgn Alquran dan assunnah jer, bahaya...
ijtihad pun penting, kalau xde ijtihad, macam mana nk letakkn hukum yg xde dlm Alquran?? contoh perkara yg berlaku zaman skrg, penagih dadah..
ni semua kena guna jalan ijtihad
sehingga ada hadis yg mengatakan, jika seseorang berijtihad , pkara tesebut betul
dianugerahkan 2 pahala dan jika salah 1 pahala...
isu semakin panjang,
pelajar tekun mendengar dan berfikir, semua serius...

namun ustaz meneutralkn balik kelas kami dgn bkata
'knp muka sentap je ni??
ustaz x marah korang pun...
masa tu kls kmbali normal...

inilah mentaliti yg ad pd mahasiswa kita realitinya...
mungkin mereka taksub dan excited mendapat ilmu baru,
sehingga tidak dpt menerima pndpt lain,
berpegang dgn ilmu mereka...

hanya mereka yg benar2 faham akan mengerti percanggahan ini..
lagi2 dh mmg dalam bab khilaf..
minda kita harus terbuka, bersifat tasammuh dlm menangani hal ini,

disini ana sedar begitu besar peranan ilmu..
kita amat perlukan ilmu dalam menjalani ranjau kehidupan,
tambah lagi apabila kehidupan sekarang yg mempunyai pelbagai cabaran,
dugaan, tragedi, onak dan duri dalam menjalaninya..
seorang mukmin akan merasakan dunia sebagai "neraka" baginya kerana
dunia adalah tempat dimana segala kesusahan yg dialami mendapat ganjaran yg besar di akhirat

firman ALLAH taala..

"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat." (QS. ASY SYUURA:20)

begitulah kehidupan,
segala peristiwa yg berlaku mencorakkan kehidupan kita
tidak bermakna kehidupan kita susah, Allah tidak sayangkan kita,
sedangkan rasul2 yg terdahulu jauh lg susah dari kita


segala masalah tidak dan dugaan tidak akan berhenti mengiringi kita selagi kita
masih bernyawa...
hatta org yg dh meninggal pun mempunyai cabaran dalam mengharungi perjalanan yg lebih panjang di alam sana....

bercerita tentang kematian,
seorang sahabat meninggal dunia hari ini
sudah sampai masanya,
ajal tidak mengenal usia, tempat dan keadaan,
ketahuilah mati itu pasti, yg membezakan kita hanyalah cepat atau lambat...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan
dipermudahkan perjalananya di alam sana...
AL-FATIHAH-


begitu banyak perkara yg terjadi di awal bulan ini...
namun begitu, ana sendiri masih leka, lalai dgn dunia ana sendiri..
inilah realiti kehidupan..
setiap yg hidup masih perlu berjuang di medan dunia sehingga
nyawa yg terakhir


Ya ALLAH, kasihinilah kami , umat nabi muhammad s.a.w
Ya ALLAH, Ampunilah kami umat nabi muhammad s.a.w
Ya ALLAH, berikanlah kami hidayah dan petunjukMU....


wallahu alam....

Saturday, January 22, 2011

Tahun baru...2011

Salam saudara-saudari seagamaku....

Telah tibanya tahun baru 2011....
walaupun agak lewat ana mengupdate blog bagi membuka tirai tahun baru ini,
namun, ana masih bersyukur kerana masih berkesempatan untuk menulis pada tahun ini..
seperti dalam tercatat dalam surah AR-RAHMAN yg bermaksud
"maka nikmat tuhanmu yg manakah yang engkau dustakan"
untuk sampai ketahun ini, telah bnyak perjalanan sukar atau senang yg kita tempuhi.
tapi percayalah wahai sahabat,
setiap perjalanan lita sentiasa diiringi nikmat ALLAH yg terkira, sehingga x terhitung oleh kita, rasa kerdil pula apabila nk mmbandingkn ibadah ana sendiri dan nikmat yg diber oleh ALLAH pd ana...
malu dan hina rasanya....

YA RABB ampunilah hambaMU yg hina ini...



apabila tibanya tahun baru, soalan yg biasa diajukn oleh teman2 ialah
" apakah azam baru anti untuk tahun ni"
tiba2 ana terfikir, bgmana boleh untukku cipta azam baru, sedangkan azamku di tahun sebelum ni masih belum selesai...
jadi ana putuskan azam baru ana adalah menyelesaikan azam ana di tahun2 sebelumnya..

adakah betul kenyataan ana apabila ana katakan menjadi manusia, kerja dan tugasnya tidak akan pernah selesai sehinggalah dia meninggal dunia
kalau salah sila betulkan ana...
ana ambil contoh dari hadis menuntut ilmu
"tuntutlah ilmu dari kamu lahir hingga ke liang lahad",
walaupun org mempertikaikan taraf hadis ini,
kerana hadis ini tidak berada dalam taraf hadis sahih
namun, sptmana ana belajar ulum hadis, kita still boleh beramal dgn hadis tersebut
selagi dia tidak menyentuh soal hukum-hakam...

dari hadis tersebut, kita boleh ambil pengajaran bahawa tugas kita tidak akn pernah selesai sehinggalah berakhirnya nikmat hidup untuk kita...
lagi panjang perjalana kita, lagi bertambah tugas kita...
disebabkan perjalanan kita yg terlalu panjang, ana begitu takut...
ana takut sahabat2...
ana takut dihisab olehNYA...
apa yg ana lakukn sepanjang nikmat hidup yang diberikan??
apa sumbangan ana buat saudara seislam ana??
apa sumbangan buat agama ISLAM??

Ya ALLAH berilah hambaMU kekuatan....

baru-baru ini ana didatangi seorang sahabat,
dia benar-benar membuatkan ana terfikir apa fungsi ana untuk ISLAM??
memang betul kami pelajar, tapi adakah dgn belajar tanggungjawab kita terhadap ISLAM terlaksana???
Ana rasa banyak masa ana terbuang dengan sia-sia...
ini kelemahan diri ana sendiri,
kehidupan seharian hanya kuliah,study, assignment, sahabat2..

lagi kasihan buat mahasiswa yg menghabiskan masa dgn berhibur di hujung minggu..
ana lihat dari segi teorinya, sama jer sikap atau perjalanan hidup mahasiswa
pada tahun ini dgn tahun sebelum-sebelumnya??
apakah fungsi azam baru buat mereka???

ana tidak kata azam baru itu salah, tapi ,manusia itu sendiri,(diri ana sendiri)
membuatkan azam tersebut tidak memainkan sebarang fungsi...
sedih bila renung2kan..
nikmat masa terluang yg diberikan oleh ALLAH disia-siakan..
seperti lagu raihan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
antaranya nikmat lapang sebelum sempit...
begitu juga nikmat hidup sebelum mati...
YA KARIM, jadikan hidup hambaMU ini berguna untuk agamaMU...

Alhamdulillah, ana bersyukur apabila dijemput oleh seorang sahabat untuk menyertai
program LIQO' universiti yg dianjurkan oleh SPMM..
terasa diri ini ada fungsinya walaupun sedikit...
tapi ana begitu kesal apabila dapat tahu ada segelintir teman2 yg menolak untuk memegang amanah sebagai mentor kpd adik2 tahun satu...
ana amat berdukacita, kerana hanya insan terpilih sahaja yg dpt menyertai program tersebut, tapi insan2 yg terpilih inilah yg mengsia-siakan peluang tersebu......
ana tidak menyalahkan mereka, mungkin mereka merasa tidak layak atau merasa berat memegang title seorang MENTOR untuk adik2...
cuma yg ana kesalkan kenapa program ini hanya dijemput orang tertentu sahaja?? iaitu
(org yg mendapat mesej dari pihak penganjur)
sepatutnya program ini perlu dibuka untuk semua warga universiti agar setiap insan yg hadir sebagai mentor adalah insan yg sukarela dan ikhlas menyumbangkan diri dan masa untuk agama...
jadi xdelah isu menarik diri sebagai mentor dan sebagainya...

walau ape pun, ana akan cuba mencari jalan untuk memastikan diri ini sentiasa mempunyai fungsi buat agama....INSYAALLAH...

adakah ayat ana diatas ini dikatakan sbg azam baru yer???
erm, ana pun x pasti...
terpulang pada antum semua untuk menilainya....

semoga panjangnya umur kita seiring manfaat yg kita dapat sumbangkan...INSYAALLAH..
salam tahun baru, salam perjuangan....