zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Thursday, January 29, 2015

Fasobrun jamiil...

ku mulai dengan bismillah

hari ini genap 1 bulan aku bergelar penganggur terhormat..
Allahu...

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit". (HR Tirmizi)




semalam aku bermimpi...
mimpi buruk bagiku...
tersedar dari tidur, aku terus beristighfar 
menyempurnakan solat malamku..
merintih... 
"moga mimpi itu tidak berlaku"


jam 12 tengah hari...

panggilan fon berbunyi

"assalamualaikum...
 awak diterima berkerja... sila lapor diri ahad depan ..

alhamdulillah...

sebulan lamanya kutunggu...
akhirnya...
terima kasih Ya Allah...



Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".



moral of this story.. bersangka baiklah pada Allah, mimpi buruk tidak bermakna petanda buruk..
letakkan pergantungan hanya kepada Allah... soal jodoh , rezeki , ajal dan semua qada' dan qadar yg akan berlaku...terima dengan redha dan berlapang dada...
tidak menyesal bagi orang yang bersabar menunggu rezeki dan jodohnya kerana sabar itu indah teman...fasobrun jamiil,....


jom sama2 amalkan doa ni....:)










Wednesday, January 28, 2015

USIM in memory



Bismillahirrahmanirrahim…

lama  sudah tidak menulis ..sudah setahun genap aku tinggalkan blog ini..
tetapi tidak bermakna aku tidak menulis...
aku masih menulis teman2...
rasa  hidup kosong andai tidak diisi dengan menulis

terlalu cepat masa berlalu,
kali terakhir sy menulis sewaktu diri ini masih bergelar mahasiswa.. 
subhanallah indahnya hari2 sebagai mahasiswa dahulu..
hidup terasa bererti kerana dipenuhi majlis ilmu..



sekarang..
sy sudah pun konvo.. Alhamdulillah, yeay !!!
“selamat tinggal Usim”..
gembira  dalam duka…
sukar  diungkapkan… J L
gembira kerana sudah berjaya memiliki segulung ijazah yg mampu membuat orang tuaku tersenyum bangga…
namun..

terselit juga rasa sedih, meninggalkan usim tercinta
tempat aku belajar menjadi seorang manusia ..
tempat aku mengenali guru-guru yg murah ilmunya…
tempat aku mengenali rakan2 yg gigih berjuang..





universiti sains islam Malaysia..
walaupun tidak sehebat universiti lain ,
namun bagiku unik…
sesuai dgn nama “islam “ yg dibawa..
biah islamiknya masih terjaga..
meriah dengan majlis2 ilmu yg membentuk rohani..
bukan sekadar ilmu kuliah namun ilmu yg mendidik mahasiwa untuk menjadi manusia berguna buat masyarakat..

terima kasih Usim dan seisinya
jazakumullah khairan kathira buat para pensyarah
selamat berjuang di dunia kerjaya sahabat2…
aku bangga menjadi  salah seorang mahasiswa usim
Alhamdulillah Ya Allah..