zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Thursday, July 5, 2012

manfaatkan masamu......

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah masih diberi keupayaan dan peluang untuk meng-update  laman ini. begitu lama menyepi dek kekangan masa yang tidak mengizinkan...sy mulakan entri kali ini dengan firman Allah s.w.t dalam surah at-tin (ayat 4-6)

Sungguh telah Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali yang beriman dan mereka yang beramal soleh,maka mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya.




sekali lagi Alhamdulillah dengan segala nikmat yang dikurniakan.......
sekarang bermulanya cuti semester 6 bg kami pelajar thn 3 fiqh dan fatwa..
ada sahabat mengambil peluang menghabiskan masa cuti bersama keluarga, tidak kurang pula yang mencari pangalaman bekerja dan mengikuti program2 yang dianjurkan pada musim cuti ini


apapun aktiviti yang dirancangkan moga ia adalah sesuatu yang bermanfaat buat diri..
nikmat masa muda yang dikurniakan oleh Allah tidak mengharapkan syabab bersenang-lenang di rumah, dengan membiarkan masa berlalu begitu sahaja

masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti, kerana masa muda itu penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. pergerakan jasmani yang kuat untuk melaksanakan amal ibadah, mental remaja yang segar untuk megutip pelbagai mutiara ilmu dan pengalaman - cebisan kata tuan guru nik aziz

ayuhlah wahai sahabat,
manfaatkan masa mudamu dengan mencari dan mencuba sesuatu yang baru buat dirimu,
perkara baru yang menjanjikan manfaat besar buat dirimu,
jangan sekali-kali sia-siakan masa mudamu kerana sekali kau melepaskannya, ia akan terus pergi jauh meninggalkanmu.....

masa tua tiada yang indah..
kudrat tenaga sudah lemah,
selera makan sudah menurun...
sering dilanda sakit kerana kudrat badan yang lemah..
semua pasti akan melaluinya...

namun begitu,
andai nikmat masa muda digunakan dengan baik,
tiada penyesalan di hari tua,
kerana segala peluang, ilmu dan pengalaman sudah dikumpulkan


sahabat,
ayuhlah, maksimumkan tenaga mudamu dengan amal,
maksimumkan kudratmu dengan menimba pengalaman yang baru,
maksimumkan mentalmu dengan mengutip khazanah ilmu yang banyak...


Diriwayatkan oleh tirmidzi dan muslim. daripada Amru bin Maimun, Rasulullah s.a.w bersabda,

"rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu,
masa mudamu sebelum datangnya hari tua,
masa sihatmu sebelum datangnya sakit,
masa kaya sebelum datangnya miskin,
masa lapang sebelum datangnya sibuk,
masa hidup sebelum datangnya saat kematian,




~wallahua'lam~



















Tuesday, February 7, 2012

sebarkan cintaMU...


Alhamdulillah...

dpt jga khatam novel karya fatimah syarha ni,

walaupun sesetgh org berpendapat beli novel ni rugi,

tp sy jamin novel ni tidak merugikn...

banyak ibrah yg dpt diambil ari novel ni


di sini sy share la sikit sinopsis ringkas..

" mengisah kan seorang daie'ah (wanita bernama ibu dhiya) yg hanya seorg tukang sapu,

namun tidak jemu menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu yg dia ada..

banyak konflik yg ibu dhiya tempuhi,

namun dgn perwatakan seorg daie yg tenang, dia mampu mengatasinya..



dalam novel ni juga ad dimuatkan isu poligami dan isu hijab..

bgmana ibu dhiya berhadapan dgn golongn yg berpegang dgn islam liberal dan juga golongan

tradisional yg begitu jumud...

ibu dhiya yg cenderung kepada wasatiyyah dgn ilmu dan cara dakwahnya mampu

menyatukan golongan-golongan ini.."


isu poligami yg dpt dirungkaikn secara ringkas:

poligami bukanlah sunnah rasulullah s.a.w ..

tetapi hukum poligami adalah harus..

ramai lelaki menggunakan alasan mengikut sunnah untuk berpologami..

wanita yg menolak poligami bukanlah bermaksud menolak hukum Allah,

tetapi membuat pilihan untuk dirinya supaya tidak melibatkan dirinya dlm poligami..

semua yg rasulullah buat bukan semua sunnah, tetapi ada wajib, ad harus, ad makruh

dan sebagainya..

alhamdulillah, buku ini sedikit sebanyak membuka fikrah wanita ttg poligami

khususnya,

nak lebih lagi??

kene beli dan baca..lg puas hati..inshaAllah..
wallahualam...






Saturday, January 21, 2012

Ujian kecil....


ketahuilah...

" semakin Allah menyanyangi hambanya, semakin kuat ujian n dugaan yg diberikan"



Alhamdulillah, segala pujian hanya untukMu, ya ALLAH…

Pertama kali, bersyukur masih lagi bernafas saat ini…

Ujian kecil yg dianugerahkan oleh Allah sbg tanda cinta , sbg peringatan jika hambaNya terlalu leka,

Sbg kaffarah penghapus dosa…

Perkongsian ini dibuat bg meningkatkan rasa syukur pada pemilik dunia, yang sentiasa memerhatikan ummat manusia di muka bumi ini...


Suatu hari,

ana menemani sahabat k KLIA, untuk bertemu ayahnya yg baru pulang dari BAITULLAH..

on the way pulang, ditakdirkan oleh Allah kami mati seketika( tertidur)…

manakala kereta terus bergerak walaupn pemandunya tertidur…….

Tiba-tiba….

Banggggggg…………….

“Ya Allah, apa ni??

Astaghfirullah…. Kami terlanggar lori besar….

Sahabat terus pandu kereta ke tepi….

Tak sampai beberapa saat, kereta terus berhenti…

Tak boleh start….

Bahagian hadapan kemek, salur bateri pecah...

Apa nk buat kat tengah2 highway ni, kami berdua jer,

Call sahabat2, semua x tahu highway tu..

Ya Allah, tolonglah hambaMU…

Kami berjalan dengan harapan dapat bantuan,

Alhamdulillah, kami nampak tiang PLUS,

Kami terus call PLUS buat aduan,

Hujan lebat seolah-olah seluruh bumi manangisi nasib kami..

Hampir 1 jam kami tunggu, akhirnya PLUS sampai..

Kereta kami ditarik dari highway tadi ke tol nilai…

Yang kami x sangka ada juga golongan mekanik yg mengambil kesempatan di atas musibah org lain..

Alhamdulillah,

Sampai di tol nilai, kami terus call rakan yg kerja di bangkel kereta…

Sekali lagi kereta ditarik dari tol nilai ke bangkel, x boleh gerak lansung kerana rosak teruk..

Disebabkan kereta tu, kereta pinjam, kami terpaksa byr ganti rugi..

Banyak juga, tapi bila difikirkan anugerah nyawa yg Allah berikan,

Rasa syukur yg berpanjangan….

Seperti mati hidup balik….

Rentetan kejadian tu.

Demam selama 2 hari, demam shocked+kehujanan

nasib baik hari minggu…(x yah ponteng kelas)

Alhamdulillah…ya ALLAH..hidup dan mati kami ditanganMU…

Andai umurku masih panjang, jadikan umurku bermanfaat untuk org lain,

Andai umurku singkat, matikan aku dalam husnulkhatimah…

Nukilan,

Pedamba cinta illahi…