zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Sunday, June 26, 2011

suatu perjuangan sementara...


di kala malam yg sepi,
ku mencari-cari
erti sebuah kehidupan..
menjalani liku2 perjalanan
mengimpikan suatu impian yg belum tercapai
merealisasikan satu perjuangan

namun..
diri ini fakir dalam segenap perkara
tidak layak menyebut soal perjuangan
kerana diri dipenuhi dengan kelemahan,
kelemahan insan bergelar manusia
bergelumang dengan dosa dan alpa

walaupun terasa diri amat hina,
impian yg tinggi tetap teguh di hati,
syurga firdausi menjadi idaman,
tugas khalifah perlu dilaklsanakn,
di sini lah letaknya suatu perjuangan,

kehidupan bersifat sementara,
tempat perjuangan merebut firdausi,
tempat ujian dan dugaan,
mengharungi ranjau dan nikmat yg bersifat sementara,
memerlukan keteguhan iman yg kuat,
dalam menuju alam akhirat...

p/s: satu nukilan di kala malam yg sepi drp insan yg kerdil lg hina..

Saturday, June 18, 2011

MTQN 2011


salam'alaik...

kali ni, ana ingin berkongsi pengalaman ana sebagai urusetia Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid PEYATIM peringkat kebangsaan 2011...
niat ana sekadar berkongsi n bercerita tentang pengalaman yg ana dapat...

First time, ana terlibat dalam program seperti ini...Alhamdulillah ana terpilih drp beratus yg mendaftar...

namun di sebalik perasaan excited untuk menerima tanggungjawan n pengalaman baru.....

Ana diuji.......

hebatnya ujian yg datang sebelum dan selepas program
hinggakan ana hilang semangat n x sanggup nak teruskan......

namun ana terfikir.....
sesuatu yang pahit yang diharungi pasti akan mendapat hasil yang begitu manis

Sebelum bermulanya program

semua urusetia mendapat mesej arahan mendaftar dan check in...
ana x dapat ape2 mesej.
Ana bertanyakn ajk, dimana penginapan ana
ajk tersebut memberitahu di kksi,
namun, apabila ana minta kawan untuk tolong daftarkn di kksi, nama ana xde..

setelah di cek balik, rupanya nama ana di tukar ke kknc..
tp x de yg maklumkan....
rupanya no fon ana salah catat...

dua hari sebelum program, ada meeting untuk pembahagian unit..
ana berada dalam unit teknikal dan kehakiman..
menarik bunyinya..

namun hanya Allah yg tahu cabarannya....
belum abis meeting, unit kami terus diasingkan dengan unit2 yg lain

pelik...tp knp yer??

kami diperkenalkan dgn ustaz razman..
baik, ramah dan sabar orangnya...
kata ustaz razman" unit ni rahsia n sulit" sbb tu kita diasingkan..
dari fkp, kami dibawa ke tingkt 4 fpqs....

first, kami dibahagikn pula dlm unit yg kecil..
ana berada dalam unit key-in data

hanya Allah yg tahu, kami hnya berlima perlu menyiapkan beribu
data peserta ...sedangkan program bermula 1 hari lagi.

pusat operasi kami di infad..
dikala unit lain masih belum bertugas,
kami dah seharian di infad mengadap laptop n dokumen setiap peserta yg dihantar..
x cukup seharian, masih belum siap,
kami minta untuk bawa balik semua dokumen ke hostel ,
nasib baik kami diber kepercayaan bawa balik semua dokumen tu...
malam tu,
kami stay up untuk siapkan data...

belum start program, cabaran n keletihan amat terasa...

kami harus siapkan malam tu jgk, krn esok semua kontinjen mendaftar berdasarkan data yg kami buat...

setelah sampai di infad, ustaz razman mengarahkan untuk edit balik data yg kami buat
hinggalah kami terlewat ke stadium untuk proses pendaftaran..

bermulanya program

hari pendaftarn, pelbagai kerenah kontinjen kami hadapi,
ada yg datang dan marah2, ada jg yg ramah, ad yg merayu-rayu n sebagainya..

rasa marah kami hadapi dengan senyuman krn fikirkan mood n semangat yg ad pd hari itu
tidak harus terhenti pada waktu itu krn pd malamnya kami masih ad kerja yg lebih besar..

malam tersebut,
proses undian bermula

Alhamdulillah sebelum startnya proses undian,
kami diberi nasihat n kata2 semangat oleh ustaz razman..
kata2 dari beliaulah yg membuatkan unit kami tetap bersemangat menghadapi segala
kerenah dari pihak kontinjen mahupun peserta...

ketika proses undian, kami dimarahi lagi , akibat tertukar minus-one..
Ya Allah kuatkanlah hati hambaMU..

ingat pesanan ustaz sebelum bermulanya acara,
ikhlaskan niat, senyum jer walaupun anda dimarahi atau di maki..
fikirkan, kita buat kerja ni kerana Allah,
muliakan anak-anak yatim..

Alhamdulillah, ketegangan tersebut x berpanjangan...

sampai dihostel pukul 1 pagi..

tugas key-in data masih belum selesai..
stay up lagi jawabnya.....

first day,
unit kami hanya dibahagikn 5 org untuk control satu dewan..
biar betul??
dewan yg memuatkan ratusan peserta n penyokong dikawal oleh 5 orang??
macam x percaya
tp itu hakikatnya...
tambahan lagi, waktu pertandingan nasyid,
dewan memang out of control...

x tahu nk wat cm ner..
semua seat dipenuhi penyokong, hngga peserta xde tempat duduk..
kami x cukup tangan nak handle..
smpaikn hari tu, x sempat makan...
hnya sempat berhenti rehat untuk solat..
namun,
sebabkan keadaan dewan yg out of control
kami dikatakan x bertugas..
unit lain menyalahkan kami...
hanya Allah yg tahu perasaan kami pada waktu tu..
ada yg menitiskan air mata....

namun, syukur pada Allah,
dikurniakan penasihat, ketua unit dan ahli unit yg saling menguatkan
antara satu sama lain..
ustaz yg sentiasa tersenyum dan memberi semangat,
sentiasa memberi penghargaan,
ketua unit yg begitu prihatin,
dan ahli unit yg begitu memahami..

Sungguh, ana bertuah dapat mengenali kalian....
ana gembira dapat bekerja bersama kalian...

Alhamdulillah Ya Allah,walaupun diiringi ujian yg hebat, namun KAU
anugerahkan insan yg HEBAT disisi kami....

Begitulah hari2 seterusnya,
pelbagai ujian yg kami hadapi...
namun, kami dapat bantuan tenaga dari unit lain,
walaupun di kalangan mereka ada yg merungut krn perlu turut serta
berkerja dalam unit kami,
tapi mereka meringankan tugas kami...
terima kasih kpd unit2 lain , LO kontinjen, unit penginapan
yg sudi membantu unit kami..
kami amat menghargai bantuan kalian...


disebalik ujian terkandung seribu hikmah..

bekerja dalam keadaan stress, namun ad penghibur disisi
bekerja dengan air mata, namun ada pemberi semangat disisi..
bekerja dalam keadaan tidak cukup tangan, namun ada bantuan yang datang..
bekerja dengan keletihan minda, namun ada gelak tawa yg dibuat2 untuk hiburkan kami..

walaupun jalannya pahit, namun masih terasa kemanisannya...

kemanisan berukhuwwah...
kemanisan saling menasihati dan menguatkan....
kemanisan berorganisasi..
kemanisan memperolehi pengalaman..
kemanisan melayani anak2 yatim..
kemanisan tugas seorang daie......

semoga di pahit manis yg diperolehi ada nilainya disisi Allah..
insha Allah..

-wallahu a'lam-










Wednesday, June 15, 2011

Pengalaman 2.....



Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk ana menyambung coretan sambungan….

Kali ni, ana diberi peluang mengikuti program ibnu soleh dan ben 10… peranan ana sebagai fasilitator….. erm, berbekalkan sedikit pengalaman yg ada sebelum ni, ana cuba sebaik mungkin

Peranan yg sama…tetapi pendekatan yg berbeza….

Ibnu soleh

Program bertempat di SBPI sabak bernam….sasaran students form 1 n form 2….

Masih segar di ingatan gelagat adik2 sbpi….semua genius2…..apa yg ana rasa prlu dikongsi, ana kongsi… jiwa awal remaja perlu ana selami…. Alhamdulillah Allah memudahkan kerja sepanjang program…. Program berjalan lancar….

Ana rindu adik2 group ana, sos team…(save our soul) masih terbayang wajah zafrina, mimi, afiqah, dzumirrah,izzul, iman, solehin, ( maaf akak x ingat semua)

Namun… hati kecil mengharapkan semoga ukhuwwah berkekalan dan adik2 mendapat ibrah dari program kami….teringat saat perpisahan dgn adik2 …ada yg kejar bas usim sewaktu kami bertolak pulang…ada yg menangis…..hebatnya ukhuwwah yg terjalin tak smpai 3 hari boleh buat org menitiskn air mata….Allahu rabbi….

BEN-10

Berakhir episode ibnu soleh, datang pula penangan ben 10…. Ujian amat hebat sebelum n sepanjang program…..hnya allah yg tahu , hngga ana rasa nak tarik diri dari program ni….namun, bila fikirkan tanggungjawab n amanah…ana teruskan….

Program ni melibatkan pelajar semuda 7 tahun( faham2 lah kanak-kanak)hngga 17 tahun.., pelbagai kerenah dan aksi..selama 4 hari program berjalan, rasa diri letih n penat melayan kanak2, namun, bila fikirkan bagaimana ibu kita menjaga kita….ana kuatkan semangat….seorang ibu mampu mendidik anak yg ramai…selama berpuluh – puluh tahun, inikan ana 4 hari jer pun dh hmpir hilang semangat….

Dgn motivasi dari ibu sendiri, Alhamdulillah program tersebut ana teruskn dgn semangat yg kntal…hehe…Alhamdulillah program tersebut diklafikasikan sbg Berjaya…Syabas buat fasi2 semua….ana tengok semua dh layak jd ibu bapa….hehe

Walaupun penat, tapi happy dgn kerenah kanak-kanak…masih segar wajah amir, amirul, asyraf, mayah, anis, atiqah, amira….rndu nak tengok keletah korang semua terutama time nyanyi lagu tema ben-10.Tahniah n syabas krn hadiahkn akak psembahn yg terbaik pd mlm kesenian…mula2 ingtkan susah jgk nk train adk2 ni…ye la, kanak2 bnyak main…. Tp adik2 ni sgt membanggakan……x smpai sejam dh hafal lirik n gaya……sayang korang….semoga jadi anak soleh n solehah….amin…….