zikrullah n doa
ilmu adalah pendamping dalam kesendirian,
kawan dalam keterasingan, pengiring di kala sepi,
penunjuk kepada jalan kebenaran, penolong dalam kesempitan, dan tabungan kebaikan untuk kehidupan selepas mati........
..

Wednesday, December 29, 2010

nukilan seorang mujahidah























awk...
sy rasa da sampai masanya..
sy bagi tahu kat awk tentng perasaan sebenar sy...
tipu kalau sy bg tahu sy x ad perasaan langsung dekat awk..
tp awk..
sy x rase perasaan ni patut wujud antara kite..
awk..
sy x nak sbb sy.. awk lalai..
dan sy pun x nak lalai same..

kite same2 nk dalami ilmu agama kan??
nk belajar ilmu agama hati mesti bersih.. btul x??
awk..
kadang2 sy malu jadi pelajar agama...
sbb.. sy rase hati sy terlalu kotor...

awk..
sy harap sgt perasaan syg antara kite..
bukan perasaan sbg sepasang kekasih..
tp perasaan ini adalah perasaan syb sbg saudara seislam..

awk..
sy da letih terus terlalai..
dah penat sy keliru..
dah penat sy rase bersalah..
dan dah penat sy menipu diri sendiri..

awk..
terima ksih utk kasih syg awk...

awk..
maafkan sy...
..................................................................................................

mujahidah,, tetapkan pendirianmu..
semua itu hanyalah ujiaan..
bangunlah..
sedarlah..
kembalilah kamu pada watak seorg mujahidah...

jgn lagi kamu tewas..
jgn biar mkhluk laknat itu bersorak lagi...

sekali kamu berjnji sbg mujahidah,,,,
selamanya kamu adlah mujahidah..

jihad fillah...............................................................................................................
syukran buat sahabat ana yg sudi menyumbangkan karyanya utk dimasukkn dlm blog ini..
semoga dapat memberi manfaat buat semua....

Friday, December 24, 2010

wahai insan yg b'gelar " muslimah"




salam'alaik

entri kali ini ana ingin share sedikit renungan n nasihat buat kaum hawa...
firstly, apa yg antum faham dgn title "muslimah"?

muslimah adalah wanita yg membawa imej islam dan m'gambarkan wanita yg
solehah dan taat pada Rabbnya..

wanita yg b'gelar muslimah tidak boleh m'contohi sifat dan perilaku wanita2
kafir dan fasik atau menyerupai kaum lelaki....

wahai akowat yg b'gelar muslimah,

janganlah sekali-kali melakukan sesuatu yg menyebabkn kemurkaan ALLAH...
jauhilah apa yg di larang oleh syariat...
jadikanlah saiditina aisyah, khadijah, asiah sebagai qudwah hasanah..

wahai muslimah...

jangan terlalu menurutkan bisikan hati kerana hal itu dapat mempengaruhi
akal fikiran...
bersikap positif dan optimislah dalam hidup..
jangan terlalu bangga dengan kecantikkan dan kelebihan yg anda miliki
ketahuilah ALLAH s.w.t tidak menilaimu dgn kecantikkan lahiriahmu,
tetapi Allah menilai melalui cantiknya akhlaqmu, sejauh mana seorang yg
bergelar wanita mampu memelihara diri dan maruahnya

Sabda rasulullah s.a.w:
"apabila seorang perempuan taat kepada tuhannya, mendirikan solat
dan memelihara maruahnya, maka dia akan mendapat syurga sebagai ganjaran."

justeru itu, saudari seagamaku, laksanakanlah amalan-amalan tersebut...
berjalanlah diatas acuan AL-QURAN DAN ASSUNNAH...
hiasilah peribadimu dgn akhlaq yg terpuji
jangan sesekali merosakkan dirimu dgn perbuatan yg tercela spt
mengumpat, tidak menjaga pergaulan dgn muslimin, mempamerkan kecantikkan, tidak menutup aurat dgn sempurna dan sebagainya.

wahai muslimah sekalian,
bermujahadahlah di dunia sementara ini,
jangan mengikuti hawa nafsu dan godaan syaitan yg ingin menyesatkanmu..


Sesungguhnya seluruh wanita yang ada di dunia ini dapat dibahagi ke dalam
dua kategori utama iaitu: penghuni syurga yang dilambangkan dengan Asiyah
bt muzahin (isteri fir'aun) dan maryam bt imran (ibu nabi isa a.s)
dan golongan seterusnya penghuni neraka yang dilambangkan isteri Nabi Nuh a.s
dan isteri Nabi Lut a.s...

ini dapat kita lihat bagaimana beza antara asiyah dan isteri nabi nuh di mana
persekitaran tidak dapat merubah sesorang malainkan dirinya sendiri..
kita lihat Asiyah yg hidup dgn penuh kesenangan dan kemewahan tetapi beliau lebih
memilih agama ALLAH s.w.t sehingga disiksa oleh suaminya, Fir'aun....
Berbeza dgn isteri Nabi Nuh a.s yg hidup disamping seorang nabi yg mulia..
tetapi tidak mampu untuk menyelamatkan dirinya dari azab ALLAH s.w.t..

pengajaran disini walau di mana kita berada, di smping sahabat yg pelbagai
sifat dan perilaku,di dalam situasiyg pelbagai, bergantung pada diri sendiri
jugalah untuk mencorakkan diri sebagai acuan muslimah solehah atau sebaliknya...

wahai ummul mukminin,
Wanita -wanita muslimah itu pemalu, menjaga maruah, suci dan mulia.
Sesungguhnya hidup yg baik itu adalah dengan malu,
kayu tetap kayu sekalipun kulitnya mengelupas,
Demi ALLAH, tidak ada baiknya hidup di dunia ini apabila rasa malu
telah hilang dalam diri insan bergelar muslimah...

ketahuilah teman-teman,
"wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yg gersang menjadi taman yg segar,
nyaman menghijau"